Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Friday, 8 August 2014

Bila #UMNO #Selangor Nak Insaf?


Admin terlihat gambar banner ini yang dihantar oleh seseorang dan sejujurnya sangat tidak bersetuju dengan tindakan oleh orang kuat UMNO Selangor ini. Dengan kemelut yang melanda kerajaan PR di Selangor, UMNO Selangor sepatutnya memainkan peranan yang lebih efektif untuk menambat hati rakyat semula. Bukan dengan cara mengadakan open house hari raya dan ulangtahun perkahwinan mereka! Sedangkan PM kita dan semua kementerian diarahkan untuk tidak mengadakan open house demi memperingati tragedi MH17, tindak tanduk Noh Omar ini bakal menjadi liabiliti yang akan terus menerus membuat rakyat Selangor muak. Mengapa UMNO Selangor kurang sensitif dengan keadaan semasa dan tidak bijak mengambil peluang yang sepatutnya? 

Jika anda rakyat Selangor jati, jika kita tinjau, rakyat sudah menyampah dengan nepotisme dan kronisme yang dimainkan oleh pemimpin PR khususnya dari parti PKR. Mereka lah mengajak rakyat untuk turun menentang kronisme dan nepotisme. Alih-alih, demi menghalalkan tindakan mahu menaikkan bininya sebagai MB Selangor baharu, habis telanjang satu parti! Terbaru, budak suruhan Anwar Ibrahim sudah mula diarah untuk membusukkan nama MB Selangor Khalid Ibrahim dengan tuduhan lapuk dan tidak berasas. 

Kita menegur dan mengkritik bukan kerana tidak sayang, tapi kerana terlebih sayanglah kita mahukan yang terbaik untuk rakyat dan untuk UMNO-BN. Kini apabila terbukti kerajaan PR hanyalah indah nama dari rupa dan dipenuhi oleh hati-hati yang busuk, kita seharusnya memanfaatkan peluang ini untuk mengambil hati rakyat semula. Sebelum PRU 13 heboh dengan lagu Sayangi Selangor, Yakini BN dan janjikan perubahan drastik serta meningkatkan daftar memilih, setakat manakah progresnya?

Sesungguhnya, rakyat tidak perlukan another open house sebaliknya yakinkanlah rakyat bahawasanya UMNO-BN lebih layak memerintah negeri ini dengan penuh adil dan saksama tanpa pergaduhan dalaman dan gila kuasa! 

Tuesday, 11 February 2014

KRISIS PERLEMBAGAAN DAP À LA UMNO 1988?

Salleh+Said+Keruak
Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak
Timbalan Ketua Umno Sabah


DAP telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi memohon perintah bagi membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menahan pengiktirafan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang telah dipilih semula pada 29 September 2013. Pilihan raya semula ini sebenarnya telah diadakan kerana RoS tidak akan mengiktiraf pilihan raya pertama parti itu yang dibuat pada 15 Disember 2012.

Dalam permohonan yang difailkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 22 Januari baru-baru ini, parti itu juga memohon bagi suatu perisytiharan bahawa keputusan RoS adalah tidak sah di sisi undang-undang. Perkara ini ditetapkan untuk sebut kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof pada 11 Mac.

“Kami mengatakan bahawa ROS tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Pertubuhan untuk menahan pengiktirafan CEC yang dipilih secara sah,” kata Pengerusi Biro Guaman Kebangsaan DAP, Ahli Parlimen Gobind Singh Deo, di ibu pejabat parti itu di Jalan Pudu.

Sebab mengapa RoS menahan pengiktirafan CEC DAP adalah kerana lebih dari satu dozen surat aduan yang dihantar kepada RoS daripada anggota DAP sendiri dan juga pemimpin-pemimpin parti itu.

Aduan-aduan yang diterima oleh RoS adalah seperti berikut:
  1. Tempoh notis yang tidak mencukupi (tempoh yang sepatutnya adalah 10 minggu, seperti yang diakui oleh Karpal Singh sendiri).
  2. 851 perwakilan yang tidak hadir atau tidak dijemput untuk pemilihan semula apabila mereka layak untuk hadir dan mengundi pada mesyuarat itu.
  3. Terdapat 985 cawangan bila hanya 865 cawangan yang sepatutnya terlibat dalam pilihan raya semula .
  4. Senarai perwakilan yang bertarikh 15 Dis 2012 tidak digunakan seperti yang sepatutnya.
  5. Notis mesyuarat yang sebenar gagal dikeluarkan .
  6. Pilihan raya tidak telus.
  7. Mengesyaki terdapat elemen penipuan.
  8. Keputusan pilihan raya yang mencurigakan.
  9. Manipulasi undi.
Semua tuduhan-tuduhan ini telah dibangkitkan oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP sendiri.

Lim Kit Siang perlu menangani isu-isu ini dan menerangkan bagaimana ianya berlaku dan mengapa tiada apa yang telah dilakukan untuk membetulkan kesilapan ini walaupun telah diminta berbuat demikian berulang kali oleh ROS.
DAP cuba menampakkan bahawa mereka adalah mangsa dalam persengketaan dengan RoS ini sedangkan dari ahli-ahli sehingga kepada pemimpin-pemimpin parti DAP adalah sebenarnya penyebab kepada semua ini, bukan sahaja mereka melanggar undang-undang tetapi berdegil enggan untuk membetulkan kesilapan mereka .

Adakah DAP sengaja mencipta senario yang membolehkan RoS mengambil tindakan terhadap mereka supaya DAP boleh menggunakan simpati masyarakat dan berpura-pura menjadi mangsa penganiayaan dan ketidakadilan?

DAP menuduh RoS sengaja menzalimi parti tersebut. Namun DAP perlu ingat bahawa Umno sendiri tidak dikecualikan daripada mengikuti peraturan, seperti yang berlaku dalam Krisis Umno 1988. Dan apa yang lebih teruk adalah, DAP tidak hanya melanggar peraturan RoS tetapi sebenarnya melanggar perlembagaan parti sendiri.

Monday, 20 January 2014

Isu Giat MARA Selayang - Hanya UMNO Yang Pertahan Hak Melayu!



LAWATAN PEMUDA UMNO KE GIATMARA SELAYANG

Pada 20 Januari 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Negeri Selangor telah melawat Giatmara Selayang untuk menyelami permasalahan di pusat latihan tersebut. 

Antara kenamaan yang hadir adalah Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya (Biro Pendidikan Tinggi), Zainuri Zakaria (Ketua Pemuda Umno Selangor), Mohd Nazri Mohd Amin (Ketua Pemuda Umno Selayang), Dato Mohd Nasir Ibrahim (Timbalan Ketua Umno Bahagian Selayang) dan Hasnal Rezua Merican (Naib Ketua Umno Bahagian Selayang / Peguam).





Zainuri Zakaria menyatakan pendirian Pemuda Umno Malaysia dan Selangor untuk mempertahankan Giatmara Selayang yang banyak membela pelajar (tercicir PMR dan SPM) agar dikekalkan di lokasi sedia ada.

Giatmara Selayang merupakan tempat pelajar menimba ilmu kemahiran secara percuma. Kerajaan Selangor tiada sebab untuk mengusir Giatmara Selayang kerana PR selalu melaungkan kebajikan rakyat dalam ceramah mereka.

Isu mengosongkan Giatmara menjelaskan pemimpin PR Selangor tidak sepakat dalam membuat keputusan kerana kenyataan yang dikeluarkan exco (arahan mengosongkan) dan MB (dikaji semula) bercanggah satu sama lain.

Beliau turut menyelar tindakan Zaidy Abd Talib (Adun Taman Templer) yang melawat Giatmara Selayang selepas isu meletus seumpama mahu 'menyucikan' isu dgn datang melawat hanya nak mengaburi mata masyarakat. Jika kerajaan Selangor ikhlas mahu membantu Giatmara, pusat latihan itu harus diberi kebenaran menduduki tanpa syarat.





Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya menyatakan isu ini perlu diberi perhatian kerana Mara sejak mutakhir ini menjadi sasaran kerajaan Selangor seperti isu UiTM Serendah. Giatmara yang wujud 20 tahun secara konsisten dan lokasi sekarang bersesuaian kerana pusat latihan sediakan asrama kepada pelatih (tumpuan kepada penduduk setempat).

Sekiranya kerajaan negeri Selangor mahu ia dipindahkan apa tawaran kerajaan negeri berikan (tapak) kerana surat mengatakan ia perlu dikosongkan tanpa ganti rugi. Percanggahan kenyataan antara exco dan MB yang jelas kepincangan pentadbiran pentadbiran Selangor.

Kenyataan MB memberi pengiktirafan dgn mengatakan perlu penambahbaikan prasarana sedangkan exco yang datang bukan sahaja tidak menyebut perkara tersebut malah serah surat mengosongkan pula yang diserahkan.




Hasnal Rezua Merican pula menyatakan Umno akan mengkaji daripada sudut perundangan dan fakta untuk mempertahankan Giatmara Selayang.

Giatmara ini ditubuhkan atas kebenaran oleh kerajaan Selangor secara percuma (bukan TOL atau sewaan). Surat yg dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (arahan mengosongkan) menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab yang mendakwa menduduki tanpa kebenaran sedangkan ada kontrak yang sah.

Beliau berpendirian bahawa Giatmara menduduki tanah tersebut secara sah berdasarkan 'common law'.





RMK: Nah, sudah terbukti jelas dan terang. Selepas UiTM dan PKNS, kini GiatMARA pula diserang pentadbiran PR Selangor. Apakah ada agenda tersembunyi yang terang-terangan menyerang satu persatu aset Melayu Bumiputera di negeri Selangor? Apa dah jadi dengan PAS dan PKR? Masih buta atau sengaja membutakan diri? Mana pergi janji-janji pilihanraya kononnya hak Melayu Bumiputera akan sentiasa dijaga?

Harapkan pagar, pagar makan padi!

Friday, 29 November 2013

Isu Comango Boleh Jadi Asas Muzakarah PAS - UMNO


Ahli Parlimen BN - Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesepakatan pimpinan PAS dan UMNO dalam menolak tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) khusus melibatkan penggunaan kalimah Allah boleh dijadikan sebagai asas untuk menyahut pelawaan muzakarah.




RMK: Sepatutnya muzakarah PAS dan UMNO diadakan dari dulu lagi. Lupakan kisah lama. Muzakarah sekarang demi memelihara agama suci kita Islam.

Monday, 15 April 2013

YES! KALI INI DI PUCHONG, LAGI ORANG PAS TINGGALKAN PARTI! #TolakPR #BetterNation #PRU13 #GE13

Sumber

Akibat terlalu bercelaru dan tidak konsisten terhadap perjuangannya, PAS semakin hilang sokongan ahlinya sendiri.


Trend penyokong pakatan haram khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini menyertai UMNO jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan PAS.

Terbaharu, sebanyak 80 penyokong tegar PAS di Puchong menyertai UMNO seterusnya menubuhkan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf.

Ketua kumpulan itu, Yusof Mohamed memberitahu, kekecewaan utama yang membawa kepada keputusan mereka menyokong UMNO kerana PAS kini semakin jauh terpesong daripada ajaran Islam.

Beliau ditemui dalam Majlis Penyerahan Borang Keahlian serta Penubuhan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf di Kampung Seri Aman, Puchong, semalam, yang dihadiri Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman. 



RMK: Nampak sangat sikap flip-flop PAS yang tidak tetap pendirian itu mula memberikan impak negatif terhadap para penyokongnya. Rakyat kini mula sedar untuk memilih parti yang lebih stabil dan mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas, BN for Better Nation.

Friday, 16 November 2012

GEMPAR! SERANGAN #SINDROMLAJIM DALAM UMNO SELANGOR! ADA YANG BAKAL LOMPAT PARTI??



Sindrom Lajim Yang Sedang Menjangkiti UMNO Selangor

1. Dengar ceritanya ada pemimpin UMNO bahagian di Selangor bakal dijangkiti Sindrom Lajim.

2. Sindrom Lajim ini apabila berjangkit kepada seseorang itu akan mengakibatkan beliau untuk menjadi  seorang pembelot. 

3. Adakah keadaan Selangor sudah semakin getir sehinggakan politikus UMNO ini terpaksa untuk mencari 'insurans' politik?

4. Politik Selangor memang terkenal di kalangan penganalisa politik sebagai "The Slaughter House" melihatkan bahawa setiap politikus yang ada di negeri ini saling tikam-menikam antara satu sama lain tidak kira dari pihak Barisan mahupun Pakatan Pembangkang.

5. Dilihat juga, sasaran DS Najib adalah untuk merampas kembali Selangor sehinggakan ramai yang berpendapat, jika menang Selangor, menanglah Barisan di peringkat persekutuan.

6. Namun begitu, harapan DS Najib ini kelihatan tidak disambut oleh kebanyakan peringkat kepimpinan UMNO bahagian.

7. Masing-masing mula menilai 'survival' politik diri sendiri dan cuba mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan diri sendiri.

8. Di atas kesempatan ini, ada pemimpin-pemimpin UMNO bahagian yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ini sudah mula berjangkit dengan Sindrom Lajim. Mereka sudah mahu berpaling kepada Anwar Ibrahim.

9. Siapakah individu-individu tersebut?

10. Khabar yang dibawa angin ini besertakan bukti bergambar, jelas menunjukkan seorang pemimpin  UMNO bahagian mengadakan pertemuan sulit dengan TS Khalid Ibrahim.

Seorang yang berjawatan di UMNO Bahagian X
Seorang yang berjawatan di UMNO Bahagian X

11. Kedengaran juga bahawa bahagian-bahagian yang bakal berjangkit Sindrom Lajim ini berkemungkinan adalah bahagian Kuala Langat, bahagian Sepang, bahagian Klang, bahagian Gombak dan bahagian Seri Serdang. 

12.  Lebih-lebih lagi sekiranya mereka ini tidak tersenarai sebagai calon UMNO!

13. Dan kedengaran juga bahawa ada antara mereka ini di bawah pengaruh bekas Menteri Besar Selangor yang lama dahulu.

Siapa antara mereka ini yang bakal menghidapi Sindrom Lajim?

14. Adakah benar bahawa mereka-mereka ini bakal menghidapi Sindrom Lajim?

15. Kesultanan Melayu Melaka tidak mungkin dapat dikalahkan oleh askar Portugis melainkan adanya pembelot dari kalangan orang Melayu sendiri.

16. Tunku Abdul Rahman juga pernah berpesan "Hanya orang Melayu sahaja boleh menjadikan Tanah Melayu ini Neraka buat orang Melayu"

17. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.



*RMK: Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, sila jalankan tugas anda. Hayati semula tujuan perjuangan dalam UMNO. Betulkan niat. Sokong saja calon pilihan DS Najib. Fight to win. Jangan biarkan pembangkang menguasai tanah tumpang darah kita!

Friday, 11 May 2012

Gambar-Gambar Sekitar Perhimpunan Ulangtahun UMNO ke-66

Sungguh aman.
Sungguh teratur.
Sungguh bertamadun.

Tak macam Pakatan Pengotor!







Hidup UMNO!

Hidup Malaysia!

Selamat Ulangtahun UMNO ke-66 Tahun!

Selamat Ulangtahun UMNO ke-66 Tahun!





Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia!