Showing posts with label Raja-raja Melayu. Show all posts
Showing posts with label Raja-raja Melayu. Show all posts

Monday, 1 July 2013

Kenapa Mempertikaikan Kerajaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja??

senarai yang di pertuan agong terkini
Hampir keseluruhan rakyat Malaysia yang tidak memahami asas penubuhan negara Malaysia ini walaupun pernah mengetahui berkaitan dengan perlembagaan negara. Bahawasanya asas terdirinya negara Malaysia ini adalah bertunjangkan perlembagaan itu sendiri.
Sistem pemerintahan di Malaysia ini sebenarnya adalah system “Raja Berpelembagaan” maknanya Raja sebagai ketua kerajaan Malaysia yang memerintah melalui perlembagaan negara. Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja memerintah dengan menyalurkan kuasa eksekutif kepada wakil kerajaan yang dilantik olehnya iaitu Perdana Menteri atau Menteri Besar / Ketua Menteri. Namun sedemikian rakyat berhak untuk memilih wakil untuk mewakili mereka didalam kerajaan ini melalui sistem “Demokrasi Berparlimen”.
Maknanya rakyat memilih wakil mereka yang bersidang membahas apa juga perkara bagi kepentingan rakyat dan negara di dean rakyat atau dewan undangan negeri melalui sistem (demokrasi) undi iaitu pilihanraya bagi setiap 5 tahun sekali atau kurang termaktub kepada pembubaran parlimen  (Dewan Rakyat) itu sendiri. Siapa yang memperolehi undi majoriti akan terpilih menjadi calon rakyat di parlimen atau dewan undangan negeri.
majlis raja2
Wakil yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen (dewan rakyat) atau ahli dewan dewan undangan negeri itu secara dasarnya  dipilih (bukan dilantik) untuk menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar / Ketua Menteri bagi mengetuai dan diberikan kuasa eksekutif memerintah sebagai wakil Kerajaan oleh Yang Di Pertuan Agung atau Raja-raja. Tetapi kuasa mutlak untuk melantik atau menolak wakil itu ke jawatan tersebut adalah kuasa mutlak Yang Di Pertuan Agung dan raja-raja.
Namun berapa ramaikah diantara kita rakyat Malaysia yang benar-benar memahami atau mengetahui konsep ini? Pada hakikatnya ianya bukanlah kerajaan BN atau PR tetapi adalah kerajaan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja.
BN atau PR itu adalah parti yang mewakili wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat. Dengan menyatakan kerajaan BN atau PR itu adalah satu konsep yang salah dan berlandaskan kepada maksud politik itu sahaja adalah  tidak tepat sama sekali.
Kita telah melihat dalam beberapa keputusan dan tindakkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang menolak perlantikkan wakil-wakil tertentu sebagai Menteri Besar atau anggota majlis mesyurat kerajaan negeri bagi mewakili kerajaan negeri yang di perintah oleh Raja-Raja.
64_session
Kerana lazimnya semenjak daripada kemerdekaan negara Malaysia, yang Dipertuan Agung atau Raja-Raja bertindak atas nasihat. Samada untuk menerima atau tidak adalah budi bicara Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja. Kerana sinonimnya apa yang kebiasaannya Perdana Menteri Atau Menteri Besar/Ketua Menteri sembahkan akan diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agung dan Raja-raja namun pada realitinya ianya tidak begitu dan ianya telah terbukti Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja mempunyai kuasa mutlak untuk menerima atau menolak.
Merujuk kepada perhimpunan besar-besaran untuk menzahirkan rasa tidak puashati terhadap pilihanraya yang telah dan akan diadakan dengan menyatakan ianya adalah satu penipuan atau manipulasi pada dasarnya adalah penghinaan kepada Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja dan bercanggah dengan perlembagaan negara artikel 118 dan 118A iaitu undang-undang tertinggi negara iaitu :-
Cara mencabar pemilihan
118. Tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Cara mempersoalkan petisyen pilihan raya mengenai tidak adanya pemilihan

118A. Sesuatu petisyen yang mengadukan hal bahawa tiada apa-apa pemilihan telah dibuat ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan hendaklah disifatkan sebagai satu petisyen pilihan raya dan Mahkamah Tinggi boleh membuat apa-apa perintah yang
difikirkannya patut mengenainya untuk memaksa suatu pemilihan dibuat tetapi kegagalan membuat pemilihan dalam mana-mana tempoh yang dinyatakan oleh Perkara 54 atau 55 atau oleh peruntukan yang bersamaan dalam Perlembagaan mana-mana Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidaklah menjadi suatu alasan bagi mengisytiharkan bahawa seseorang ahli telah tidak dipilih dengan sewajarnya.
Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihanraya yang di pengerusikan oleh wakil yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agung dan Raja-raja.  Mempertikaikan Suruhanjaya Pilihanraya ini samalah ertinya dengan mempertikaikan kuasa Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja.
Perhimpunan haram berkaitan pertikaian ini yang mengugat keamanan dan keselamatan negara yang tidak bertunjangkan perlembagaan negara harus di tentang sehabis-habisannya kerana pada dasarnya ianya satu penghinaan. Dan kita lihat pemimpin parti pembangkang iaitu Karpal Singh membuat lapuran polis keatas perhimpunan ini kerana tidak mahu di kaitkan kepada diri dan parti yang di dokongnya. Ini kerana beliau memahami apa yang termaktub didalam perlembagaan yang mana hukumannya adalah amat-amat berat iaitu secara ringkasnya ;-
BAHAGIAN XI

KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG,  DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT
Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

149. (1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—

(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undangundang; atau

(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apaapa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.”

Perkara 5 :-    Kebasan Diri
Perkara 9 :-    Larangan Buang Negeri Dan Kebebasan Bergerak
Perkara 10:-  Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Perkara 13 :- Hak terhadap harta.
Perkara 79:-  Perjalanan Kuasa Perundangan bersama.
Maknanya perhimpunan haram ini wajar diambil tindakkan sekeras-kerasnya berlandaskan perlembagaan negara sebagai undang-undang tertinggi melalui wakil eksekutif kerajaan Yang Dipertuan Agung dan Raja-raja iaitu Perdana Menteri melalui Kementerian Dalam Negeri (Suruhanjaya Pasukan Polis) menguatkuasakan peruntukkan ini.
Rakyat perlu sedar dan faham bahawasanya Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja yang memerintah melalui instrumen-instrumen yang dilantik olehnya.
Bukannya ahli-ahli politik yang berkuasa, kerana tanpa perlantikkan oleh Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja yang menyalurkan kuasa eksekutif maka ahli-ahli politik sebenarnya tidak memiliki apa juga kuasa perlaksanaan yang di peruntukkan oleh perlembagaan negara walaupun dipilih oleh rakyat.
Sebagai orang melayu islam jangan kita derhaka kepada kerajaan yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja yang memerintah.