Showing posts with label Pak Lah. Show all posts
Showing posts with label Pak Lah. Show all posts

Friday, 16 August 2013

Surat Terbuka Kepada Pak Lah, KENAPA BENARKAN KALIMULLAH PERALAT PAK LAH LAGI?

Assalamualaikum Pak Lah,

Terlebih dahulu saya mohon maaf mencoret warkah tak seberapa ini, tatkala saya masih bernyawa, saya masih berfikir untuk memberi sumbangan buah fikiran demi survival umat Islam dan bangsa Melayu di tanah air tercinta ini.
Pak Lah, saya sungguh sedih mengapa Pak Lah mantan seorang Perdana Menteri, dikenali sebagai “Mr. Clean” malah dihormati sebagai cucunda kepada ulama tersohor tanah air, masih lagi membenarkan diri Pak Lah dipergunakan oleh individu-individu yang sudah lama mengkhianati Pak Lah.

Ketika Pak Lah menjawat Perdana Menteri, Pak Lah lantik dia sebagai peneraju akhbar perdana NST. Pak Lah tahu kah apa yang dia buat di NST? Ketika kami berjuang dengan mata pena mempertahankan kerajaan Pak Lah (2008), dia dengan sesuka hati membuang kami, mengganti kami dengan orang-orang yang lebih ‘liberal’ sesuai dengan pemikirannya yang liberal itu. Malah pada tahun 2009, dia membawa masuk orang-orang media dari portal pembangkang. Semuanya semata-mata kerana wang.

Sebab itu, di akhir tulisannya selepas Pak Lah kalah di beberapa negeri dan tidak berjaya memperolehi 2/3, dia terang-terang menyalahkan Pak Lah. Sifat pembelot manusia bernama Kalimullah ini sudah lama terbukti, malah semasa tapisan keselamatan untuk memohon menjadi pegawai khas kepada Tun Ghafar Baba, beliau gagal kerana dia dikesan berfungsi sebagai ‘agen kepada negara asing’!
Kalimullah Hassan

Semasa Pak Lah sebagai Perdana Menteri, saya diberitahu dengan bukti yang sangat jelas, bagaimana Kalimullah seringkali bertindak berlebih-lebihan, dengan menggunakan “budak tingkat 4” bermesyuarat beberapa kali di luar waktu pejabat untuk mempengaruhi malah memperbodohkan Pak Lah, yang akhirnya kerajaan Pak Lah merosot teruk pada tahun 2008. Mereka turut memperbodohkan menantu Pak Lah yang masih mentah itu.

Isunya Pak Lah, mengapa sesudah Pak Lah berhenti hari ini, Pak Lah masih membenarkan Kalimullah berada di sekeliling Pak Lah lagi?



ANTI UMNO, ANTI MELAYU, ANTI ISLAM, PRO PEMBANGKANG


Pak Lah tak tahukah Kalimullah inilah orangnya yang rapat dengan Prof. James Chin dan Bridget Welsh di mana mereka berdua ini Anti UMNO, Anti Melayu, Anti Islam dan Pro Pembangkang! Sekarang mereka berdua jugalah yang memerangkap Pak Lah dan memperbodohkan Pak Lah dengan mengutip beberapa “kata-kata” Pak Lah lalu dijadikan “headline issues” dalam himpunan tulisan dalam buku “Awakening” itu! Di mana maruah Pak Lah kerana membenarkan diri Pak Lah dipergunakan lagi oleh si Kalimullah Pembelot dan agen negara Singapura!

James Chin

Bridget Welsh

Soalan saya Pak Lah sebagai orang lama dan rakan lama, kenapa Pak Lah pergi kepada mereka berdua yang Anti UMNO, Anti Islam, Anti Melayu dan Pro Pembangkang? Adakah Pak Lah lupa Pak Lah dari parti mana? Tidak adakah lagi wartawan-wartawan yang lebih berjatidiri yang Pro UMNO, Islamik, Pro Melayu?

Saya kasihan dengan Pak Lah, seumur hidup Pak Lah semasa menjadi Perdana Menteri dan selepas bersara masih menggunakan orang yang salah! Sedarlah dirimu wahai Pak Lah, bahawa Kalimullah itu agen Singapura! Pak Lah tak percayakah? Pak Lah boleh periksa berapa kali Kalimullah hadir dalam perjumpaan dengan pegawai-pegawai PAP dan DAP di Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang? Pergilah Pak Lah periksa betapa kerap Kalimullah berulang-alik Pulau Pinang ke Singapura membawa mesej kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan PAP Singapura! Ini bukan soal bisnes semata-mata Pak Lah, tetapi Kalimullah itulah agen dan spy negara Singapura sejak zaman Tun Ghafar Baba lagi!

Sedarlah wahai Pak Lah, betapa Kalimullah memperalat Pak Lah sepenuh-penuhnya untuk memenuhi agenda asing khususnya melalui negara Singapura. Penasihat-penasihat Pak Lah seperti Kalimullah masih meneruskan memperalatkan Pak Lah dengan menjadikan Pak Lah alat kepada keperluan Singapura walaupun Pak Lah bukan lagi Perdana Menteri!

Lihatlah serangan mereka minggu ini, bermula dengan hal TPPA yang suami KSU MITI sendiri journalist kanan bisnes di NST Singapura (hmm NST, Kalimullah dan Singapura macam tak boleh dipisahkan)! Kemudian isu Lee Kuan Yew mengkritik dasar negara kita, kemudian buku “Awakening” yang digunakan sepenuhnya untuk memalukan Pak Lah sendiri, juga akhbar Singapura memperlekeh kejadian tembak-menembak di negara kita dan terkini rakyat Singapura berugama Buddha solat di Surau umat Islam! Apakah semua ini berlaku dengan sengaja? Apakah semua perkara yang berlaku dalam bulan yang sama ini tidak dengan perancangan? Mengapa Pak Lah sanggup diperalatkan lagi oleh Kalimullah, Bridget Welsh dan yang lain yang semuanya agen asing ini?

Cukuplah surat terbuka saya ini kepada Pak Lah, jika Pak Lah betul sayangkan UMNO janganlah percaya lagi kepada penyunting dan penulis yang anti UMNO. Jika Pak Lah betul sayangkan orang Melayu dan Islam, sedarlah bahawa Bridget Welsh itu anti Islam dan anti Melayu. Mereka semua Pro Pembangkang. Jauhkanlah dirimu dari hasutan Kalimullah agen asing kerana dia adalah manusia kapitalis separuh komunis yang bertuhankan Cent dan Dollar. Malah dia tidak kesah menjual negaranya, bukankah sudah dibuktikan? Tarik balik kerakyatan Kalimullah dan tarik balik gelaran Datuk dia, supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang menjadi agen kepada negara asing!

Sekian, kepada Tuhan saya memohon Ampun.

Sahabat Seperjuangan,
Pak Min, Kuala Lumpur.
13 Ogos 2013.