Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Monday, 11 November 2013

TUNTUTAN NUFAM : KEBODOHAN YANG MELAMPAU

Kebodohan Yang Melampau!
Syarikat penerbangan nasional MAS (Malaysian Airlines System) semakin tercabar sejak kemunculan beberapa syarikat penerbangan seperti Air Asia, Berjaya Air dan terkini Malindo. Isunya kini, MAS semakin sukar mengumpul keuntungan berbanding kerugian dan pada masa yang sama pula mempunyai Kesatuan sekerja di tahap kebodohan yang melampau.

Rakyat tertanya-tanya mengapa MAS asyik menanggung kerugian setiap tahun? Berbanding Air Asia yang baharu setahun jagung di dalam industri penerbangan negara, ternyata MAS jauh ketinggalan dari segi keuntungan tahunan mereka. Malah, syarikat baharu seperti Malindo pula menunjukkan keazaman yang tinggi untuk mencatat angka-angka keuntungan.

Dalam hal ini, kita melihat tuntutan The National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM) mendesak supaya Perdana Menteri memecat Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Jauhari Yahya sebagai suatu gesaan yang pelik, bodoh, tidak tahu malu, tidak sedar diri malah berbau kurang ajar.


KEBODOHAN MELAMPAU NUFAM

Kenapa kesatuan sekerja ini kelihatan bodoh? Kesatuan ini patut memandang semula diri mereka dan bertanya apakah yang telah mereka bantu untuk membawa keuntungan kepada MAS? Sebagai sebuah entiti bisnes kepada kerajaan, Kesatuan ini patut mengoreksi diri mereka dan melihat semula apakah way forward dan perancangan mereka untuk membantu pengurusan MAS supaya kembali untung. Dengan keuntungan yang besar barulah logik Kesatuan menuntut apa jua elaun yang sesuai.

Kebodohan kepimpinan Kesatuan sekerja ini boleh dilihat bilamana sikapnya yang tidak mengutamakan perundingan berbanding tuntutan-tuntutan bodoh bukanlah satu bentuk kepimpinan yang bagus kepada sesebuah syarikat dan kesatuan.

Pemimpin Kesatuan yang bagus mestilah boleh berunding dan menyusun keutamaan. Apakah keutamaan MAS sekarang? Keutamaan kepada pekerja atau kepada syarikat? Sudah tentu keutamaan itu hendaklah diberi kepada syarikat dahulu dan apabila syarikat sudah mencatat keuntungan baharulah benefitnya akan diberikan kepada pekerja. Ini adalah hukum bisnes. Tak kan Kesatuan tiada otak untuk memikirkannya.

Kesatuan patut faham mana-mana organisasi tidak akan berjaya jika kesatuan tidak bekerjasama, emosi tidak boleh membawa penyelesaian. Kepimpinan Kesatuan patut dipecat jika emosi telah menguasai tindakan dan tuntutannya. Kita bukan hidup di zaman penjajahan!

Sebagai contoh, jika 10 orang kampung di Bekalalan ditanya jika mahu ke Kuala Lumpur kamu naik 'balloon' (kapal terbang) apa? Ternyata 9 daripada 10 orang akan menyebut nama Air Asia! Soalnya, pekerja-pekerja MAS buat apa? Kesatuan buat apa? Tiada produk baharu dan tiada keinginan untuk membantu MAS supaya mencatat keuntungan!

Bagi kita janganlah asyik menuntut perkara-perkara yang nampak bodoh ketika negara kita memerlukan komitmen tinggi dari syarikat tersebut. Kamu berada dalam dunia bisnes yang semakin sesak, jika kamu menuntut extra-elaun kamu mesti buktikan yang kamu memang layak menuntutnya!. 

Contoh lain, adik saya yang hanya bekerja sebagai kerani biasa di Bank Rakyat di sebuah cawangan di Sabah, pernah menikmati bonus 6 bulan gaji, malah setahun dua ini menikmati 12 bulan gaji berturut-turut! Sebabnya mudah, pekerjanya turun padang ke kampung-kampung dan ke pulau-pulau menemui rakyat yang memerlukan produk perkhidmatan mereka! 

Pernah kamu dengar Kesatuan atau pekerja-pekerja MAS bergerak ke kampung-kampung menjual produk perkhidmatan yang ditawarkan MAS? Saya gerenti tak ada! Bahasa mudahnya itu tanda malas, muka tak tahu malu dan bodoh kerana tanpa kerja bersungguh-sungguh dan tiada profit tambahan, tetapi tak tahu malu menuntut macam-macam!

Contoh ketiga, Pengurus Tabung Haji di peringkat cawangan pun turun ke sekolah mendidik anak-anak sekolah menabung walau hanya sekadar RM5.00 ! Jadi, kepada Kesatuan pekrja MAS itu, jangan menunjukkan kebodohan yang melampau menuntut pelbagai kenaikan dan pelbagai elaun tanpa menghasilkan apa-apa produk baharu kepada syarikat! Apatah lagi mendesak CEO sendiri meletak jawatan. Bukankah itu kebodohan melampau!

Saya sendiri tidak pernah menerima emel dari MAS menunjukkan tawaran harga murah tiket/perhidmatan mereka, walhal setiap dua atau tiga hari Air Asia menjenguk emel saya menawarkan tawaran yang luar biasa dan fantastik!

Sebagai ahli bisnes kita perlu sedar keuntungan tidak datang dengan sendirinya dari langit. Saya tidak sanggup membentangkan profit keuntungan syarikat baharu Air Asia jika nak dibandingkan dengan MAS. Ianya angka yang akan lebih memalukan MAS dan Kesatuan sekerja mereka yang suka menuntut yang belum layak dituntut itu.

Jadi nasihat kita kepada Kesatuan sekerja MAS ini, supaya membetulkan dahulu akhlak, integriti dan niat bekerja supaya win-win situation boleh dijana. Tak perlulah saya detailkan, berapa banyak kisah korupsi di dalam MAS yang tidak dihebahkan sehingga membawa kerugian. Kita beri satu contoh, berapakah harga mineral water yang dibeli oleh MAS jika hendak dibanding harga mineral water di pasar borong Selayang!

Jadi belajar-belajarlah ‘malu’ kepada syarikat-syarikat yang lebih muda seperti Air Asia dan Malindo sebelum menuntut yang bukan-bukan dan tidak masuk akal. Buktikan dahulu kamu boleh membawa keuntungan kepada syarikat sebelum kamu menuntut apa-apa dengan penuh emosi kebodohan kamu. 

Kamu punya anak bukan, jika anak kita mencapai target tertentu dalam peperiksaannya, kita akan memberikan dia anugerah yang bersesuian kerana kejayaannya. Kita tidak beri anak kita hadiah melampau-lampau jika dia gagal dalam semua pelajaran! Jika MAS asyik mencatat kerugian, adakah logik menuntut elaun itu dan elaun ini! 


TUNTUTAN NUFAM : KEBODOHAN YANG MELAMPAU

Sekadar menunjukkan sikap kebodohan yang dilakukan di Mesir baru-baru ini. Kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di Mesir ketika itu, kami faham kapalterbang MAS yang disewa oleh kerajaan kosong tanpa penumpang. Walaupun terdapat 20 pelajar yang perlu diterbangkan ke KL segera tetapi kamu kakitangan MAS sanggup menunda penerbangan dan sanggup pula menyewakan hotel di Mesir untuk 20 orang itu hanya kerana tiada penumpang. 

Jika kita fikir kebodohan kakitangan MAS ini ialah tentulah 20 orang yang di”pool” di hotel itu tidak termasuk kakitangan/pilot MAS bukan? Bukankah elok dibawa terus balik pelajar-pelajar tersebut maka tidak perlulah menyewa hotel untuk dua hari, sudah tentu juga menyewa parking kapalterbang yang sudah tentu mahal dan pelbagai kos sampingan seperti pengangkutan, makanan, insuran dancharge lain yang dikenakan di negara yang sedang berisiko! 

Negara berisiko tinggi bermakna Kos semasa semakin Tinggi bukan! Saya yang tak habis sekolah pun boleh memikirkan hal tersebut, inikan pula kamu yang hanya tahu menuntut yang bukan-bukan!


CEO MAS

Kesatuan sekerja yang menuntut pemecatan CEO MAS harus ingat semula, ketika Ahmad Jauhari di hari pertama sebagai Ketua CEO MAS, kerugian yang dilaporkan oleh The Edge ialah RM769.02 juta (Jun,2011).

Kerajaan melihat latar belakang Ahmad Jauhari yang cemerlang di dalam bisnes berskala besar ketika menyertai pelbagai pasukan seperti Esso, NST, Malakoff, Time Engineering, Tenagabebas, Khazanah Nasional dan Electricity (Jordan), Shuhaibah (Arab Saudi) dan pelbagai lagi dalam dan luar Negara sudah tentulah menjadi harapan Perdana Menteri dan rakyat untuk melihat pemulihan MAS dalam tempoh yang munasabah. 

Berikan beliau peluang memperbaiki keuntungan kepada MAS dan sudah tentulah beliau berbeza dengan cara orang lain yang suka menjual aset-aset MAS seperti bangunan MAS itu. 

Namun, adakah keuntungan itu akan datang sekelip mata sekiranya tanpa sokongan Kesatuan sekerja MAS sendiri? Menuntut Perdana Menteri supaya memecat CEO MAS dengan alasan tuntutan elaun dan gaji serta masalah warisan lama adalah tidak adil malah tidak membawa kebaikan kepada negara.

Bagi kita, kamu Kesatuan sekerja MAS buktikan dahulu bahawa kamu mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan misalannya apakah tahap disiplin anak buah kamu, bagaimana status kehadiran mereka baik atau buruk, berapa banyak kes on stanby yang merugikan MAS dan pelbagai isu lain tidak perlulah disenaraikan di sini.

Tidak perlu kita membandingkan MAS dengan Luftansa, mari kita melihat bagaimana kuatnya pekerja Air Asia menguntungkan syarikat mereka. Maka tidaklah menjadi pelik kepada saya apabila jiran sebelah rumah saya mendapat tiket ulang-alik dirinya dan anak-anaknya ke Sabah setiap tahun walaupun dia hanya bekerja sebagai tukang angkat barang sahaja! 

Akhir sekali, sebelum kamu menuntut sesuatu yang menampakkan lagi kebodohan kamu dan kebodohan kesatuan sekerja kamu, eloklah kamu membungkus diri kamu dengan selimut ketika berjalan di depan kaunter Air Asia! Kecuali lah kamu ber’muka tebal’, tidak tahu malu dan sememangnya bodoh!

Jika Kesatuan sekerja seperti Nufam terus menunjukkan kebodohannya yang melampau, lebih baik serahkan sepenuhnya MAS kepada Kerajaan!

Pemerhati, 
Kota Kinabalu.


Sumber: MyMassa