Showing posts with label Lembu. Show all posts
Showing posts with label Lembu. Show all posts

Tuesday, 11 February 2014

Pengundi Kajang : Anwar Umpama Lembu Masuk Kandang Kerbau

Source : rakyatnews

Rakyat News

Rata-rata penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang melahirkan kekesalan selepas mengetahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dicalonkan mewakili PKR pada Piliharanraya Kecil (PRK) kawasan tersebut.


Suri rumah, Salabiah Simat, 37, berkata, pemilihan ketua pembangkang itu sebagai calon di situ disifatkan tidak bersesuaian kerana baginya masih ramai lagi pemimpin yang benar-benar berasal dari Kajang berhak menjadi calon.

Rakyat News

"Kenapa dia (Anwar) dipilih? sudah tidak ada lagi calon yang lebih sesuai yang berasal dari kawasan Kajang ini.


"Ataupun sekurang-kurang mengapa tidak pilih sahaja calon yang benar-benar berasal dari Selangor, umum mengetahui Anwar Ibrahim berasal dari Permatang Pauh," katanya kepada RakyatNews di Sungai Kantan di sini hari ini.


Sementara itu, bagi seorang pemandu teksi, Ahmad Fauzi Sharif, 56, kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin politik perlu dipersoal kerana beliau pernah mengkhianati kerajaan suatu ketika dulu selain niat sebenar beliau ingin bertanding di Kajang.

Rakyat News

"Terus-terang saya katakan saya memang tidak suka Anwar Ibrahim menjadi calon di sini sebab kita tidak tahu apa dalam fikiran dia dan kita risau perkara buruk berlaku kepada penduduk di Kajang.


"Saya anggap dia ni sebagai 'api di dalam sekam' kerana sebelum ini beliau pernah berkhidmat bersama kerajaan tetapi kenapa sekarang beliau orang utama yang menentang kerajaan, apa yang dia mahu sebenarnya," ujarnya.


Bagi kakitangan kerajaan,Mad Yusof Mad Yunos, 60, beliau menyifatkan pencalonan Anwar sebagai calon hanya bersifat strategi bagi menangani masalah dalaman parti.


Katanya, Anwar sepatutnya sedar yang beliau bukan berasal dari Kajang dan tidak seharusnya menjadikan rakyat di Kajang sebagai mangsa permainan politik beliau.

Rakyat News

"Saya mengikuti perkembangan semasa dan apa yang saya nampak pencalonan ini hanya sekadar strategi pembangkang yang dirangka oleh Anwar Ibrahim sendiri.


"Beliau patut sedar dan apa yang boleh saya definisikan sebagai 'seperti lembu masuk ke kandang kerbau',"katanya.


PRK DUN Kajang diadakan susulan perletakan jawatan penyandang sebelumnya, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi berkenaan.



Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) Mei lalu, Lee memenangi tersebut dengan majoriti 6,824 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.


RMK : #SELANGOR4SELANGOR !!

Wednesday, 20 June 2012

Anwar menyepi.. Sudah jadi tikuskah??

Sana-sini sibuk cakap pasal kes 3 bilion.. Yang hairan, tuan punya badan senyap sunyi jer.. Maner pulak perginya.. sudah jadi tikuskah?.. Hahahahah.. Ker nak duduk diam-diam sampai rakyat Malaysia 'terlupa' kerja 'kotoq' hang nie?.. Kemmon laa Anwar.. Time orang bukan main hang tunjuk sana.. tunjuk sini.. cabar sana.. cabar sini.. Time hang pasai apa hang diam??.. Berani kerana benar.. Takut kerana salah.. Kalau betui hang tak salah dan yang tuduhan ni adalah fitnah, apesal tak step forward and declair??

Atau sebenaqnya hang buleh duk rilek goyang teloq sebab puak-puak pengikut hang yang duk sibuk tepis semua tuduhan kat hang?.. Mangkuk-mangkuk ni bermati-matian percaya 'kesucian' hang yang palsu tu.. kesiannn betui aku tengok.. Bukan takat buta mata.. Buta hati teghuihh.. Haishhh.. Aku x buleh bayangkan la kalau hang jadi PM.. Mampuih la depa nak duk kambus kerja 'kotor' hang nie wehh.. Serius..

Pesan kepada pengikut Anwar Al Juburi nie.. Kita diberi akal untuk kita pikiaq.. Anwar tu bukan maksum sampai tak dak buat segala salah.. dia bukan nabi.. Bukak lah mata besaq2 tengok.. Jangan duk sibuk cerita pasal lembu NFC tapi hangpa duk jadi LEMBU BODO si Anwar daripada dulu, x sedaq2.. kahkahkah.. kesian betui kat hangpa2 nieh..