Showing posts with label Laporan Audit. Show all posts
Showing posts with label Laporan Audit. Show all posts

Tuesday, 23 October 2012

KEPINCANGAN AUDIT NEGERI SELANGOR!

Ini yang dikatakan cekap mentadbir negeri selangor...??? laporan audit ini tak akan di ulas oleh mana-mana pemimpin pakatan haram, malah malaysiakini, suara keadilan, harakah dan mana-mana pencacai penjilat jubo anwar akan cuba senyapkan perkara ini, jadi kepada rakyat selangor aku nak pesan, korang jangan jadi bodoh, dok dengar cerita kononnya pakatan bijak mentadbir negeri selangor, korang sebenarnya dah kuyup kena kencing dengan puak-puak tu....
Klik untuk besarkan
 


*Tepuk dada tanya selera

Tuesday, 16 October 2012

KETUA AUDIT NEGARA AJAR KERAJAAN SELANGOR CARA URUS TAWAS!!


Berikut merupakan Laporan Ketua Audit Negara berkaitan TAWAS.



1. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengesahkan apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ikon kebajikan kerajaan negeri Selangor ini.

2. Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.

3. Biarpun telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan promosi skim, hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya. Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.

4. Dalam soalan bertulis saya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi lalu, kerajaan negeri tidak menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025. Soalan ini tidak dijawab.

5. Menurut maklumat dalam laman webnya, Yawas ditubuhkan pada 5 Februari 2009. Kerajaan negeri menyumbang RM 8.5 juta untuk dana Tawas dan RM 5 juta untuk dana operasinya. Saya tertanya-tanya mengapa begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi Yawas. 

6. LKAN juga mendedahkan bahawa pendapatan daripada pelaburan jangka pendek YAWAS bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM198,101, RM210,716 dan RM213,955. Manakala  kos operasi Yawas RM1.55 juta (2009), RM1.64 juta (2010) dan RM1.71 juta (2011). Ini bermakna jumlah pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa. 

7. LKAN mendedahkan baki dana Yawas pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta. Menurut LKAN, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS."

8. Berdasarkan kenyataan bahawa jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM 13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM 5.68 juta, ini bermakna sejumlah RM 7.82 juta telah dibelanjakan. 

9. Berdasarkan jumlah kos pengurusan skim ini selama 3 tahun ialah RM 4.5 juta, kita beranggapan hanya RM 1.18 juta yang dilaburkan. Adakah wajar sebanyak RM 4.5 juta dihabiskan untuk menguruskan pelaburan 1.18 juta? Atau adakah wajar RM 4.5 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang anak-anak di bawah skim Tawas? 

10. Sebagai kerajaan yang telus, Kerajaan Negeri Selangor wajar menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yawas begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini. 

11. Jika trend perbelanjaan dan pendapatan seperti sekarang berterusan tidak mustahil Yawas dan Tawas akan ditutup dalam lima tahun lagi atau terpaksa diselamatkan oleh kerajaan negeri.

12. Jangan nanti skim Tawas menjadi skim was-was.


Dr Mohamad Khir Toyo
15 Oktober 2012



Laporan Audit: Skim TAWAS gagal daftar 80% kelahiran baru

hare on facebookShare on twitterShare on emailShare on print

pada 15-10-2012 08:10 



Post Pic
SHAH ALAM: Skim TAWAS yang diperkenal oleh kerajaan negeri Selangor, sejak tahun 2008 gagal mendaftar lebih 80 peratus daripada kelahiran baru di negeri itu yang dijanjikan skim simpanan RM1,500.

Laporan terbaru Ketua Audit Negara mendedahkan TAWAS hanya berjaya mendaftar 60,972 daripada 313,706 kelahiran anak Selangor di antara tahun 2008 hingga 2011.

“Ini menunjukkan sebahagian besar daripada jumlah kelahiran yang dicatatkan tidak layak, tidak memohon atau tidak mengetahui mengenai TAWAS" menurut laporan itu.

“Liputan faedah program ini tidak menyeluruh iaitu hanya 19.4% anak kelahiran selangor telah diluluskan menjadi ahli TAWAS," menurut laporan itu yang diedarkan hari ini.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambri Buang berkata kerajaan Selangor membelanjakan RM588,391 untuk aktiviti promosi TAWAS namun pendaftaran kelahiran baru kurang 20 peratus.

Beliau juga menegur kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana gagal melaksanakan aktiviti pelaburan bagi pembiayaan pengurusan skim TAWAS yang dirancang sebelum ini.

Menurut laporan itu sijil simpanan tetap untuk ahli TAWAS juga lewat dikeluarkan manakala garis panduan atau 'Standard Operating Procedure (SOP) adalah tidak lengkap. - AntaraPos


*Apa sebenarnya motif TAWAS / YAWAS diwujudkan? Adakah benar ingin menjamin masa depan anak kelahiran Selangor, atau ada agenda tersembunyi? Kos penyelenggaraan selama 3 tahun sebanyak RM 4.5 juta untuk menguruskan pelaburan sebanyak RM 1.18 juta. Mengapa jumlah yang begitu besar? Siapa yang dapat untung? Dan banyak kelemahan yang dikesan Jabatan Audit dalam skim ini seperti yang dapat dilaporkan dalam LKAN. Kerajaan Selangor, mohon penjelasan.