Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts

Friday, 13 September 2013

Ulasan Hebat Di Koran Kompas, Indonesia Menjelang 16 September

kommpas
Baru-baru ini, masyarakat antarabangsa meletakkan keadaan kewangan Malaysia merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana pengurusan sistem kewangannya yang berhemat (Dr. Marc Faber,”Investment Strategy – Where’s the Money?)
Walau bagaimanapun, saya lebih terkejut apabila membaca ulasan akhbar-akhbar asing mengenai Kerajaan Malaysia. Dengan tema “rakyat Malaysia terlalu dimanjakan”, kita ingin melihat pandangan itu dari aspek yang realiti.
Akhbar Kompas yang sangat berpengaruh di Indonesia menulis dengan tajuk “Di Malaysia, Dari Kuliah Sampai Nikahpun Dikredit” (28 Ogos 2013), amat menarik untuk dibaca dan dikongsikan kepada seluruh rakyat Malaysia apatah lagi menjelang Hari Malaysia yang ke-50 pada 16 September 2013 ini. Rencana di akhbar Kompas itu dimulakan dengan tulisan di bawah ini,
“Di Malaysia, Dari Kuliah Sampai Nikahpun Dikredit”
Malaysia mungkin menjadi salah satu negara kredit dengan sistem yang sangat memanjakan warganya. Tapi yang namanya kredit, tetap saja ada nilai minus dan beberapa masalah di dalamnya. Berikut ini beberapa sektor kredit yang kurang lazim atau tidak ada di negri kita
1. Kuliah
Setiap warga Malaysia memiliki kemudahan untuk mendapatkan pinjaman dari pemerintah untuk biaya kuliah, kerajaan menyebutnya PTPTN. Syarat untuk mendapatkanya pun sangat mudah, dan nyaris tanpa seleksi. Cukup hanya dengan menunjukkan kartu kewarganegaraan Malaysia.
Pinjaman ini wajib dibayar setelah nantinya para mahasiswa lulus dari perguruan tinggi. PTPTN bisa didapat untuk semua perguruan tinggi, baik swasta atau negri dan tanpa jaminan aset layaknya bank. Jadi setiap orang, baik miskin atau kaya memiliki kesempatan yang sama untuk kuliah.
Yang namanya pinjaman, tentu ada bunga setiap tahunnya sekitar 1% (kalau belum dirubah). Dengan rata-rata biaya kuliah di Malaysia adalah kisaran 90-120 juta. Bagi mereka yang belum bisa melunasi pinjaman ini, maka mereka tidak dibolehkan melakukan perjalanan ke luar negeri.
Dengan nada kesyukuran, akhbar Kompas itu berkata “cukup hanya dengan menunjukkan kartu kewarganegaraan Malaysia”, rakyat di Malaysia boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Gadjet, Alat Transportasi, Rumah malah pernikahan semuanya mendapat bantuan daripada Kerajaan Malaysia yang amat prihatin.
Katanya di hujung artikel itu, “rakyat Malaysia terlalu dimanjakan” dan “kamu tidak akan menikmatinya di negara kami”. Ianya amat-amat memberi keinsafan kepada kita bukan.
KONSEP BERSYUKUR & BERTERIMA KASIH
Isunya sekarang, sejauh manakah kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi dari Kerajaan ini? Soalan paling mudah, apakah kita bersyukur? Sesungguhnya agama Islam dan agama lain turut menekankan konsep bersyukur dan berterima kasih.
Jika kita renung di negara-negara lain yang lebih kaya hasil buminya berbanding negara kita, kemudahan-kemudahan seperti ini pun mereka tidak dapat melaksanakannya walaupun mereka lebih berkemampuan.
Namun, Alhamdulillah kita mempunyai Kerajaan yang bertanggugjawab sehingga segala keperluan anak cucu kita dapat diwujudkan di hadapan mata kita. Ianya memang tanggungjawab kerajaan, namun kita harus bersyukur dan membuat refleksi betapa di negara-negara luar mereka tidak mampu pun melakukannya.
Namun begitu, masih ada lagi segelintir masih mahu mempersoalkan PTPTN sedangkan orang luar melihatnya sebagai “bersyukurlah kamu ada PTPTN, sedangkan kami tiada, anak-anak kami harus berhenti sekolah jika tidak punya ongkos, atau harus menjual harta benda untuk membayar yuran”.
Sesungguhnya, mereka mengajak kepada kita supaya menanamkan nilai bersyukur dalam diri kita, khususnya kerana mempunyai Kerajaan yang bertanggungjawab.
Akhbar Kompas dengan terus-terang mengungkapkan betapa beruntungnya rakyat Malaysia dengan segala kemudahan yang disediakan Kerajaan Malaysia. Cuba perhatikan luahan hati mereka di bawah.
2. Gadget dan Alat Transportasi
Untuk bagian ini, mungkin di Indonesia juga ada sebagian orang yang membeli gadget dan alat transportasi seperti mobil atau motor secara kredit. Yang membuat Malaysia lebih dimanjakan adalah semua warga bisa membeli gadget dan alat transportasi secara kredit dan bisa tanpa deposit (bayaran awal). Bahkan mahasiswanya pun bisa membeli mobil secara kredit karena dinilai layak dan mampu membayar. Mahasiswa yang mendapat pinjaman PTPTN tidak hanya untuk bayar SPP kuliah, tapi juga untuk biaya hidup.
Tanya semula diri kita, bagaimana kita hendak membalas segala kemuliaan Kerajaan kita, walhal mereka orang luar negara kita cemburu dengan apa yang sedang kita nikmati? Marilah kita membuat refleksi bahawa, rupa-rupanya semua itu bukan setakat tanggungjawab Kerajaan sahaja tetapi kerana Kerajaan kita mempunyai “political will” yang sanggup mendahulukan apa jua keperluan rakyat. Semuanya diterjemahkan dengan ungkapan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan”.
Seterusnya, akhbar Kompas memberikan ulasan berikutnya,
3. Rumah
Hal yang sulit diterima akal adalah banyaknya warga Malaysia yang tidak memiliki rumah. Tentu berbanding terbalik dengan desa-desa di Indonesia yang bisa kita sebut ekonomi menengah ke bawah masih bisa punya rumah. Makanya tak jarang warga Malaysia agak tidak percaya kalau para TKI itu memiliki rumah dan ladang ribuan meter.
Banyak warga yang menyewa apartment, flat atau rumah dalam jangka waktu lama. Alasanya tentu beragam, karena pendatang, karena sering berpindah-pindah dan lain-lain. Tapi dibalik itu semua adalah pajak pemerintah yang cukup lumayan setiap tahunya. Harga rumah (Kuala Lumpur Selangor) yang rata-ratanya adalah 900 juta per unit dengan sistem cicilan kisaran 10-15 tahun tentu membuat ekonomi kelas menengah ke bawah harus terus-terusan menyewa rumah/flat/apartment.
Tapi karena Malaysia dikenal sebagai negara yang memanjakan warganya dengan sistem kredit, untuk membeli rumahpun warganya bisa membeli rumah meski tanpa deposit. Tapi untuk yang ini, ada seleksi dengan kalkulasi pendapatan perbulan untuk melihat mampu tidaknya mereka membayar cicilan.
Lihatlah di dunia luar sana, negara-negara yang lebih kaya, mereka juga mempunyai Kerajaan, jika ianya suatu tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh semua Kerajaan, sudah pasti di sana pun ada kemudahan PTPTN, Rumah, Pendidikan Tinggi, Gajet, Tayar, Pernikahan dan sebagainya. Namun, mereka tidak mampu melakukannya sebaliknya Kerajaan kita mampu melaksanakannya, malah lebih jauh dari itu.
Kesimpulannya, menjelang Hari Malaysia pada 16 September 2013 ini, marilah kita menanam konsep Bersyukur dan Berterimakasih. Bersyukur kepada Allah SWT kerana kita dikurniakan sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab.
Anda boleh terus membaca dengan lebih lanjut di akhbar Kompas bertarikh 28 Ogos 2013 ataupun di laman:

http://luar-negeri.kompasiana.com/2013/08/28/di-malaysia-dari-kuliah-sampai-nikahpun-dikredit-587659.html .

Sudah tiba masanya menjelang Hari Malaysia yang ke-50, kita menyemai konsep Bersyukur dan Berterima kasih di dalam hati sanubari rakyat Malaysia.

kredit : http://merdeka-online.com/home/ulasan-hebat-di-koran-kompas-indonesia-menjelang-16-september/

Thursday, 22 August 2013

Fakta Perlembagaan Malaysia & Hari Malaysia Siri 2

Spt yg dibgtau dlm siri sblm ni, sempena bulan kemerdekaan ni RMK nk mengajak semua rakyat Malaysia supaya kembali menghayati dan memahami sejarah perlembagaan dan pembentukan negara kita yang tercinta ini. Dlm siri 2 ni plak RMK nk cite psl sistem Raja Berperlembagaan plak.




Raja Berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. Sbg sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dilantik daripada Raja-raja Melayu  di sembilan buah negeri mewakili negeri tersebut dalam Majlis Raja-raja.

YDPA bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri (Kabinet), manakala raja sesebuah negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Dalam perkataan lain, YDPA ialah Ketua Negara, manakala Perdana Menteri (PM) ialah Ketua Kerajaan. Di peringkat  negeri pula raja ialah Ketua Negeri, manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri ialah ketua kerajaan. Kedaulatan dan kuasa raja berkekalan dan terjamin sebagamana mengikut perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan.

Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda YDPA adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.




Kuasa Yang di-Pertuan Agong

YDPA mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.
  • Melantik seorang Perdana Menteri (PM)
  • Menangguhkan pembubaran parlimen
  • Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.
Eksekutif

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada YDPA. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan YDPA, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, PM.

Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), YDPA boleh bertindak mengikut budi bicara dalam 3 fungsi Perlembagaan:

  1. Melantik seorang Perdana Menteri.
  2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.
  3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.
    • Fungsi-fungsi lain yang dinyatakan dalam Perlembagaan (Perkara 40 (2)).
Perundangan

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi YDPA dan 2 majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. YDPA sebagai sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut:
  • Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
  • Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
  • Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
  • Memperkenankan Rang Undang-Undang.
YDPA juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya  serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

Kehakiman

YDPA mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman.

Antara tanggungjawab YDPA adalah:

Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agong, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.

YDPA mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan YDPA sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan.

Baginda juga adalh Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri Berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan kepada Yang di-Pertua Negeri.

Selain tiga fungsi ini, YDPA mempunyai fungsi seperti berikut:
  1. Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.
  2. Mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
  3. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  4. Sumber penghormatan dan kebesaran.
  5. Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima mengadap diplomat asing.
  6. Menghadiri pelbagai majlis dan acara.
Kuasa Raja Negeri:

  • melantik seorang Menteri Besar
  • menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri,
  • membuat permintaan bagi mesyuarat Majlis Raja-Raja berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja dan perbuatan, amalan atau upacara agama atau adat istiadat,
  • sebarang fungsi sebagai ketua agama atau berhubung dengan adat Melayu,
  • melantik waris atau waris-waris, isteri, pemangku raja atau jemaah pemangku raja,
  • melantik orang-orang pemegang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu dan menetapkan berkenaan dengannya,
  • Mengawal selia balai-balai di raja dan istana-istana (Perkara 2, Jadual Kelapan).
"Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan...Dalam situasi di mana orang berkenaan (MB) tidak mahu berundur tetapi kalah, Sultan mempunyai kuasa untuk memecat..."
- Prof Dr.Shad Saleem Faruqi, Bernama, 5 Februari 2009


MAJLIS RAJA-RAJA:

  • berfungsi untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Jadual Ketiga;
  • mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;
  • memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang di bawah Perlembagaan ini dikehendaki diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;
  • melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
  • memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42 (Perkara 38) (2).



Anggota Majlis Raja-Raja mempunyai budi bicara berikut:

  • memilih Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya, atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong;
  • memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan;
  • memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;
  • mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh; (e) pelantikan anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau
  • memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42 (Perkara 38 (6)).
 

Majlis ini bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun, selama tiga hari. 

Raja-raja dan Yang di -Pertua Negeri diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. 

Persidangan dipengerusikan oleh raja yang terkanan dan setiausahanya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.


Tuesday, 20 August 2013

Fakta Perlembagaan Malaysia & Hari Malaysia Siri 1






Sempena ketibaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-56 pada 31 Ogos dan sambutan Hari Malaysia 16 September ini, RMK dengan ini mengajak semua rakyat Malaysia supaya kembali menghayati dan memahami sejarah perlembagaan dan pembentukan negara kita yang tercinta ini. Tindakan sesetengah pihak yang bertindak umpama golongan buta sejarah eloklah diperingatkan semula apa yang membuatkan negara ini kekal aman dan bertuah selama 56 tahun. 

Ayuh, semaikan semangat cinta negara!



Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.



Konsep ketinggian Perlembagaan adalah seperti berikut:-

•Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi;
•Menjadi punca kepada semua undang-undang;
•Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan;
•Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan;
•Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan; dan
•Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi Baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan.

Perlembagaan dibentuk dengan tujuan berikut iaitu:-

• Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil;
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah;
• Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat;
• Alat untuk menyelesaikan masalah;
• Menjamin riwayat negara bangsa; dan
• Menjamin keamanan dan kestabilan negara.

Perlembagaan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan. Perlembagaan juga mengandungi 16 Bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah:-

Bahagian I : Negeri-Negeri, Agama Dan Undang-Undang Bagi Persekutuan
Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

Bahagian II : Kebebasan Asasi
Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki; hak untuk hidup dan kebebasan; kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan; kesamarataan di sisi undang-undang; kebebasan bergerak; kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu; kebebasan agama; hak untuk berpendidikan; dan hak untuk memiliki harta.

Bahagian III : Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara; dilahirkan di sini; berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia; tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian III juga menyatakan bagaimana seseorang
boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.

Bahagian IV : Persekutuan
Bahagian ini memberi panduan kepada sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri. Bahagian ini juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian V : Negeri-Negeri
Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing. 

Bahagian VI : Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-Negeri 
Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang.

Bahagian VII : Peruntukan Kewangan
Bahagian ini menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

Bahagian VIII : Pilihan Raya
Bahagian ini menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Bahagian IX : Badan Kehakiman
Bahagian ini mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.

Bahagian X : Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
Bahagian ini mengenal pasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah pasukan polis, angkatan tentera dan perkhidmatan pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya–suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Bahagian X juga mewujudkan Pejabat Peguam Negara.

Bahagian XI: Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.


Bahagian XII : Am Dan Pelbagai
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak dan memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan.

Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak.
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak.

Bahagian XIII: Peruntukan Sementara Dan Peralihan
Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru untuk menggantikan mereka.

Bahagian XIV: Kecualian Bagi Kedaulatan, dsb., & Raja-Raja
Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam Bahagian XIV.

Bahagian XV: Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-Raja.
Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja harus dibawa di hadapan “Mahkamah Khas ”.