Friday, 28 September 2012

BAJET 2013: DEMI RAKYAT



Hari ni, tepat jam 3.55 petang, PM dijangka akan membentangkan Bajet 2013 di Bangunan Parlimen yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Bagi yang berfikiran positif, walau apapun butiran bajet yang diumumkan, mereka menerima dengan hati yang terbuka. Jika banyak 'hadiah' kerajaan berikan, mereka menadah tangan memanjat kesyukuran kepada Ilahi kerana dalam keamanan dan kesejahteraan negara berdepan dengan geloncakan ekonomi dunia, Malaysia masih mampu bertahan di dalam situasi yang getir ini. TETAPI bagi mereka yang berhati busuk dan senantiasa berfikiran negatif, setiap pengumuman yang dibuat adalah bersifat 'gula-gula pilihanraya''pancing undi' dan 'rasuah politik'.


Tohmahan ini bukan hanya untuk tahun ini malah untuk kesekian kalinya. Begitu elergik bila banyak hadiah kerajaan berikan kepada rakyat di mana buat kesekian kalinya, kerajaan sememangnya tidak hanya bercakap kosong seperti mereka. Segala janji ditunaikan peringkat demi peringkat bergantung kepada perkiraan semasa termasuk dalam soal kemampuan ekonomi negara. Inilah perancangan strategik dan tidak hanya pandai bercakap tetapi pelaksanaan hanya 'zero'. Kerajaan kini buat itu dan ini semata-mata untuk menjaga kebajikan rakyat tetapi mereka dengan bangganya mengatakan bahawa inilah bentuk baru perjuangan kita iaitu menuju negara berkebajikan. Malah mendakwa kebajikan adalah elemen dalam Islam dan kami tidak pernah meninggalkan perjuangan Islam. Kenapa baru SEKARANG???



Kalau benar bagai dikata, tunaikan secara berhemah di negeri-negeri miliknya sekarang dan jangan mendongak dan angkuh untuk mentadbir negara jika kemampuan hanya senjengkal sahaja. Bertafakur sejenak dan cubalah menilai dari aspek tuntutan murni agama sebelum bertindak keterlaluan. Selepas Projek Depu, Projek Bandar Baru Tunjong menjelma tetapi walhal hanya kerajaan pusat yang mengimarahkannya. Episod baru pula, angkuh ingin membina stadium baru di kala The Red Worriors menyinar tetapi hanya tinggal kenangan. Tidak cukup dengan itu, Projek Lebuhraya Rakyat pula dimainkan untuk mengaburi mata rakyat tetapi kini hanya bagai melepaskan batuk di tangga. Tidak puas, maka Bullet Train pula yang dijanjikan kepada rakyat. Rakyat Kelantan cerdik dan pandai menilai cumanya apabila ditaklikkan dengan soal syurga dan neraka, rakyat seolah-oleh termakan dengannya. Tetapi ingat Allah Maha Berkuasa.



Sudah cukup sudah dengan permainan ini dan cubalah bertindak di atas pertimbangan dan ajaran agama. Yang murni kita terima dan teruskan untuk anak bangsa. Jangan disebabkan dendam kesumat, kewarasan hilang entah ke mana. Renungkanlah.....


No comments:

Post a Comment