Semalam kami sempat singgah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk tinjau sambutan kemerdekaan anjuran Kerajaan Selangor ni. Berikut merupakan beberapa hasil pemerhatian kami.
Sambutan tak memberangsangkan daripada rakyat Selangor. Crowd juga tak terkawal dan kurang memberi perhatian kepada majlis. Yang dewasa sibuk bersembang, yang kanak-kanak pula sibuk bermain dan bergelak-ketawa.
Padang tak penuh, crowd pun melilau-lilau. |
Hambar. |
Crowd tak hiraukan ucapan Menteri Besar Khalid Ibrahim mahupun Anuwar si Penasihat Ekonomi Negeri bergaji RM 1.00 yang dibanggakan tu.
Khalid terbatuk-batuk masa ni sampai kena minum air. Orang ramai buat hal masing-masing.
Anuwar yang tak bersemangat dan kelihatan bosan sepanjang majlis.
Majlis turut dicemari unsur politik dan kepartian oleh hadirin yang taksub. Juga ada segelintir individu yang menunjukkan mereka bangga menyokong semangat BERSIH yang ganas tu. Lari jauh dari semangat kemerdekaan yang sebenar.
Sekadar peringatan bahawa BERSIH itu ganas. |
Pakcik yang sebelah kiri pakai kopiah PAS. Yang lain baju kuning simbolik kepada BERSIH. |
Yang duduk sebelah kiri tu pakai baju BERSIH. |
Gambaran lebih jelas. |
Pakcik ni pula dengan bangganya tunjuk semangat kepartian, bukan semangat kemerdekaan. |
Lagi baju BERSIH.
Penasihat Undang-undang PKR Latheefa Koya buat apa kat sini? |
EXCO Selangor Xavier Jayakumar pun pakai kuning. Simbolik kepada BERSIH? |
Kumpulan baju kuning lain. |
Ketika perarakan motorsikal berkuasa tinggi, ada yang membawa bendera PAS. Tapi kami tak sempat tangkap gambarnya.
Cerita lain, ada juga individu berkelakuan tak sopan sepanjang majlis.
Anggota Penguatkuasa Kerajaan Negeri berdiri atas peti amplifier untuk melihat perarakan perbarisan. |
Mat rempit bermaharajela. |
Anuwar pula tak angkat tangan ketika ikrar Rukun Negara dilaungkan. Yang ni pun tak sempat snap gambar.
Tapi yang pelik dan membingungkan orang ramai, tiada countdown ambang Merdeka. Sebaliknya Khalid melaungkan 'Merdeka' dengan lemah sebanyak tujuh kali pada jam 11.30 malam dan disambut dengan pertunjukkan bunga api dengan iringan lagu 'Keranamu Malaysia' dan 'Tanggal 31'. Ketika itu kelihatan orang ramai terpinga-pinga kerana countdown yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai.
Dan menjelang akhir program, seperti biasa, sampah ditinggalkan begitu sahaja setelah crowd mula beredar.
Sampah. |
Lagi sampah. |
Akhir sekali, sebagai penutup untuk malam tu, terkejut sekejap kami apabila lagu 'Gangnam Style' yang melampau popular dan kurang senonoh tu dimainkan pada akhir majlis. Memang tak hormat semangat kemerdekaan.
Pening sikit tengok video ni. Tapi dah macam clubbing je suasananya.
Kawan kami sempat rakam EXCO Elizabeth Wong tergedik-gedik menari Gangnam. Kalau dah dapat nanti kami share.
Apa sebenarnya motif Kerajaan Selangor ni buat sambutan macam hampeh ni. Majlis ala kadar dan tiada semangat kemerdekaan. Liberal. Anjur majlis semata-mata nak show off kat Kerajaan Pusat ke? Nangis Allahyarham Tun Abdul Rahman kalau arwah tau ni.
No comments:
Post a Comment