Friday 10 January 2014

MB Selangor Tak Telus?? Rakyat bantah pembinaan gereja di Tanjung Karang

TANJUNG KARANG 9 Jan - Kira-kira 200 penduduk di sini berhimpun secara aman bagi membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang.


Pengerusi Ketua Jawatankuasa Penduduk (JKKP) Kampung Sg Tengi Kiri, Johari Md. Nooh berkata, umat Islam di kawasan tersebut mempunyai hak untuk menentang pembinaan gereja tersebut.



"Setelah 15 tahun kami mempertahankan kampung ini.Mereka tidak memberi sebarang maklumat mengenai pembinaan gereja ini.



"Kami menentang pembinaan ini kerana majoriti penduduk di kawasan ini merupakan umat Islam dan hanya 1 atau 2 peratus sahaja yang beragama Kristian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pembinaan hari ini.


Tambahnya,permohonan membina gereja ini diluluskan sejak parti pembangkang mengambilalih tampuk pimpinan negeri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Sumber











Lebih 200 ahli NGO berkumpul depan JAIS nyatakan sokongan

SHAH ALAM: Lebih 200 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NG0) Islam berkumpul di depan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), berhampiran Masjid Negeri di sini, hari ini. 

Perhimpunan yang bermula pada jam 2 petang itu adalah bagi menyatakan sokongan terhadap usaha JAIS bagi menegakkan syiar Islam di negeri berkenaan. 

Thursday 9 January 2014

MB Selangor Luluskan Projek Pembinaan Gereja Di Kawasan Majoriti Islam??


Apa nak jadi di Selangor ni? Belum habis lagi isu penyalahgunaan kalimah Allah di Selangor, kini timbul satu lagi isu baru iaitu projek pembinaan gereja di Tanjong Karang.

FYI.. Tanjong Karang yang merupakan sebuah mukim dan pekan penanaman padi yang terletak di utara negeri Selangor dalam daerah Kuala Selangor. Ia juga merupakan kawasan jelapang padi kedua tebesar di Malaysia selepas negeri Kedah. Taburan penduduk di Tanjung Karang (mengikut data oleh Jabatan Perangkaan Negara, 2010) adalah seperti berikut:

Mukim
Melayu & Bumi
Cina
India
Lain²
Jumlah
Tanjung Karang
26,642
2,888
709
30
30,269
(data oleh Jabatan Perangkaan Negara, 2010)

Dari statistik ini kita boleh lihat lebih 88% (26,642 orang melayu) daripada penduduk Tanjung Karang adalah orang beragama Islam. Persoalannya sekarang macam mana projek ini boleh diluluskan? Siapa yg meluluskannya? ni kawasan yang majoriti besarnya adalah orang Islam kot..Berapa ramai je penganut agama Kristian di pekan Tanjung Karang? Tak buat study dulu ke tempat ni wajar dibuat gereja ke tak?

Apakah tindakan MB Selangor? Orang2 PAS x nasihatkan MB ke? Ada 4 orang pemimpin PAS Exco Selangor kan? Sallehin Mukhyi Exco Hal Ehwal Islam xkomen ape2? Semua dah kenyang so tutup mulut je ke? Kalo ni pon jawab ‘tak tahu’ jugak baik turun je la dari wakil rakyat...

Dalam zaman ketelusan yang diwar-warkan sangat skg ni, MB Selangor dah ambil kira sensitiviti penduduk setempat ke atau blasah je? Dgr2 org2 Tanjung Karang sendiri mengeluh dgn projek ni. Yer la, kawasan ni majoriti orang Islam kan. Mesti MB tak amik port pendapat orang2 Tanjung Karang. Kalo tak mesti x diluluskan pnye la. Mane ketelusan kerajaan negeri?

Haihh..kang kalo siap betul-betul gereja ni nanti jangan terkejut la kalo tibe2 Bible Bahasa Melayu tersebar luas kat pekan Tanjung Karang.

Isu Kalimah Allah, Bantahan Penggunaan Tulisan Jawi di Papan Tanda Sekolah Convent Boleh Cetuskan Ketegangan Antara Agama



Oleh Zul Rawi

Belum pun isu mengenai kalimah Allah reda, masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan dengan tindakan yang boleh mencetus masalah ketenteraman awam dan kemarahan masyarakat biadab segelintir pihak yang sengaja ingin mencetuskan api perkauman.

Ia ekoran dari pendedahan mengenai sekeping surat rasmi, yang meminta agar tulisan jawi di papan tanda di sebuah Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam dipadamkan.

Ini kerana, menurut kandungan surat tersebut ia bukan merupakan ‘amalan’ yang biasa dipraktikkan di setiap sekolah mubaligh Kristian. Surat tersebut di katakan telah dihantar oleh sebuah pertubuhan Kristian, yang dikenali sebagai ‘Sisters of The Infant Jesus’.

Paling menarik perhatian, apabila surat tersebut turut menegaskan, perkara tersebut (pendekatan menggunakan tulisan jawi di papan tanda sekolah) TIDAK AKAN DIBENARKAN.



Menurut sejarah, sekolah mubaligh Kristian atau dikenali juga sebagai ‘sekolah Mission’ adalah merupakan sekolah yang diwarisi sejak sebelum merdeka. Secara dasarnya sekolah convent adalah merupakan sebuah sekolah aliran Kristian yang diasaskan oleh pertubuhan itu melalui usaha yang digerakkan oleh para mubaligh dan biarawati mereka.

Namun selari dengan peredaran masa, semua sekolah mubaligh Kristian telah bersetuju dan menerima untuk melaksanakan sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan.

Dalam erti kata mudah, sekolah ini terdiri daripada dua kategori iaitu sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan diuruskan oleh Jabatan pendidikan negeri.

Malah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara, semua sekolah mubaligh ini telah diberikan status Sekolah Kebangsaan kerana melaksanakan kurikulum kebangsaan.

Maka persoalan yang timbul ialah, mengapakah sebaris tulisan jawi di papan tanda sekolah itu perlu dijadikan isu? Apakah dengan adanya tulisan tersebut akan menghilangkan, menggugat atau melemahkan peranan sekolah tersebut?

Kesimpulannya hanya dengan sebaris ayat jawi (yang menggunakan huruf arab) telah menyebabkan pertubuhan Kristian ‘Sisters of The Infant Jesus’ merasa tidak selesa dan kurang senang.

Cuba bayangkan perasaan yang dirasai oleh masyarakat Islam apabila pihak gereja cuba untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible?

Masalahnya bukan sama ada ada atau tiadanya tulisan jawi di papan tanda tersebut. Yang menjadi kemarahan rakyat ialah sikap bongkak pertubuhan kristian.

Justeru, pihak berkuasa perlu bertindak segera membendung perbahasan dan perdebatan antara agama ini agar tidak melarat kepada kekacauan dan ketidakstabilan negara seperti yang telah banyak berlaku di negara-negara lain.

Sumber

RMK : Tgk bile guna tulisan jawi sikit kat papan tanda sekolah convent, org kristian da melatah n suruh buang.. cube pikir ape perasan org Islam plak bile kristian menyalahgunakan kalimah Allah dlm bible? Our God's name tu..agak2 la..   

Tahniah!! Kristian Sudah Boleh Masuk Campur Urusan Islam Di Selangor




DUA keputusan Exco Selangor semalam - memperketat SOP JAIS dan memulangkan Bible yang dirampas, adalah bukti jelas bahawa kerajaan Selangor hari ini dikuasai sepenuhnya oleh pelampau Kristian.

Cakap pasal perketat SOP JAIS, maksud lain baginya ialah JAIS kini perlu akur pada Exco Selangor (ada di kalangan anggotanya bukan Islam).  Cakap mudahnya, hasil dari keputusan mesyuarat semalam, bukan Islam sudah boleh masuk campur urusan Islam melalui kuasa Exco ke atas JAIS.

Semua ini boleh berlaku hanya dengan 4 orang dari golongan pelampau dan bakinya orang Islam bodoh yang mudah diperalatkan dalam Exco Selangor, dah cukup menjadikan kerajaan negeri itu pro Kristian.  Yang jalan tugas ikut undang-undang kena tegur, yang langgar undang-undang, lepas bebas macam itu saja.

Keputusan itu bukan sahaja menunjukkan Exco beragama Islam Selangor jadi tolol dungu patuh dibawah telapak kaki pelampau Kristian, malah dalam masa sama berani pula melanggar titah Sultan Selangor yang melarang orang bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah dalam apa-apa penerbitan dan majlis mereka.

Enakmen 1988 negeri Selangor sendiri pun memperuntukkan perkara yang sama, orang bukan Islam dilarang dari menggunakan 35 perkataan Arab, antaranya kalimah Allah dan jelasnya Bible yang dirampas itu mengandungi semua perkataan yang dilarang itu.

Hairan, bagaimana Exco boleh buat tindakan yang berlawanan dengan titah ketua negeri dan undang-undang dalam negeri itu sendiri.  Tapi jadi tak hairan kerana kita tahu kekuatan pembangkang di Selangor adalah berasaskan undi orang cina beragama Kristian, waima di kawasan yang PAS menang pun.

Sebab itu Salehin Mukhyi pun ikut jadi dungu, kalau tak 13% cina dalam DUN Sabak beri undi solid pada dia, boleh ke menang dalam PRU13 hari tu, mimpila.

Ini bukan kali pertama yang berlawanan dengan Islam dan undang-undang negeri dirampas, kemudiannya diarah untuk dipulangkan semula kepada pemiliknya berlaku di Selangor.

2008 dulu, arak yang dirampas dari kedai menjualnya di Shah Alam (pada waktu itu Shah Alam tidak dibenarkan untuk menjual arak), diarahkan untuk dipulangkan semula oleh Ronnie Liu selaku Exco bertanggungjawab (Ronnie Liu adalah seorang Kristian).

Kini Bible pulak.

Bagaimanapun, selain campur tangan bukan Islam di dalam hal ehwal Islam.  yang tidak kurang penting kepada penulis sekarang ialah kerajaan Selangor nampaknya bersama-sama dengan pelampau Kristian, cuba mengalih perhatian dari isu sebenar yang membawa kepada serbuan tersebut - cubaan menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam.

Sebab itu yang diperbesarkan ialah prosedur JAIS, rampasan bible dan sebagainya, sedangkan soal penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam (dengan menggunakan Bible bahasa Melayu), langsung tidak disentuh dalam mesyuarat Exco semalam. 


RMK : Ape yg macai-macai Pakatan Haram selalu sebut tu.. nah hamik balik kat ko plak. tahniah kepada para penyokong pakatan rakyat... kerana tindakan bijak kalianlah kerajaan negeri selangor sekarang pro kristian. syabass