Monday 17 June 2013

Dong Zong Sahkan Kaum Cina Tak Fasih Bahasa Kebangsaan


Nampaknya, kaum Cina langsung tidak menghargai tindakan kerajaan untuk tetap melantik wakil mereka di kabinet setelah MCA menolak sebarang jawatan.   Malah mereka mempertikai pula perlantikan itu atas alasan wakil yang dipilih tidak mampu menguasai Bahasa Mandarin.   Persoalan ini dibangkitkan oleh Dong Zong dengan menyifatkannya sebagai tidak wajar.
Kita tidak faham kenapa mereka yang mengaku sebagai warganegara Malaysia dan enggan digelar pendatang memerlukan wakil yang mampu menguasai bahasa lain selain Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kedua negara.
Nampaknya, Dong Zong telah membuktikan bahawa kaum Cina memang layak digelar pendatang.   Dong Zong telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa kaum Cina di Malaysia sememangnya tidak fasih berbahasa kebangsaan.  Dalam ertikata lain, mereka telah lama meminggirkan Bahasa Malaysia dan langsung tidak mengiktirafnya sebagai bahasa rasmi negara ini.
Ini adalah bukti jelas betapa kroniknya kesetiaan kaum Cina kepada negara ini dan perkara ini tidak wajar diambil ringan oleh kerajaan.
Mengupas isu ini dengan lebih mendalam, inilah dikhabarkan kepada kerajaan bahawa kaum Cina sebenarnya memandang lantikan wakil mereka sebagai tidak bermakna kerana apa yang mereka mahu adalah kuasa yang lebih, iaitu di kementerian yang lebih signifikan seperti Kewangan, Pertahanan atau Timbalan Perdana Menteri kalaupun tidak Perdana Menteri.
Sedangkan, keadaan yang sama boleh dilihat di mana-mana negara di dunia di mana tidak mungkin kaum minoriti diberi kuasa lebih apatah lagi dalam sebuah negara demokrasi.  Hal yang sama berlaku di Singapura di mana kaum Melayu yang jauh lebih layak juga hanya akan diberi jawatan ‘cikai’ atau bawahan sahaja.
Amerika pula hanya baru-baru ini sahaja menerima Presiden kulit hitam, itu pun kita cukup tahu bahawa beliau bukannya berkuasa dalam ertikata yang sebenar.  Lebih dari itu, kaum kulit hitam di Amerika dan juga etnik-etnik lain tidak pernah mengambil sikap memencilkan diri dari aspirasi negara.  Mereka tidak pernah memperjuangkan bahasa ibunda atau sekolah berasingan.  Malah mereka juga tidak punya akhbar dalam bahasa sendiri.   Pendek kata, mereka tiada bezanya dengan penduduk asal negara itu, maka kerana itu Presiden Obama mampu diterima ramai.
Malaysia tidak mampu mengikut jejak itu kerana soal ‘minoriti’ bukan merupakan satu-satunya masalah yang mengekang kaum Cina dari mendapat kuasa lebih.  Masalah yang lebih besar ialah kaum Cina di Malaysia enggan berasimilasi dengan kaum majoriti, serta enggan menjadi sebahagian dari aspirasi negara ini.
Kaum Cina langsung tidak menghormati asas dan dasar-dasar negara sehingga ke tahap memperlekehkan kerajaan itu sendiri.   Malah, kita juga sedia maklum bahawa mereka cukup ‘anti’ dengan perlembagaan negara ini yang meletakkan hak istimewa bumiputera serta agama Islam sebagai agama rasmi.  Mereka juga enggan mengiktiraf struktur negara yang meletakkan Raja-raja di tempat tertinggi.  Sehingga ke hari ini, majoriti kaum Cina langsung tidak tahu perbezaan Sultan dan Agong atau memahami adat-istiadat rasmi negara.   Pendek kata, majoriti mereka tidak pernah menjadi sebahagian dari negara ini.
Lebih buruk, sifat rasis kaum Cina Malaysia begitu terserlah. Tiada siapa boleh menafikan bahawa kaum Cina gemar menindas pekerja dan peniaga kaum lain secara halus, mahupun secara terbuka.  Justeru, membuka peluang kepada mereka untuk lebih berkuasa bermakna membuka ruang untuk mereka menindas kita.
Hakikatnya, perbuatan Dong Zong mempersoal lantikan wakil Cina tersebut merupakan kenyataan  ‘keangkuhan’ kaum itu.   Dengan mempertikai kefasihan mereka berbahasa Mandarin menunjukkan bahawa Dong Zong enggan meletakkan bahasa kebangsaan lebih tinggi dari bahasa ibunda mereka.  Dong Zong juga mahu kerajaan tunduk sahaja kepada kemahuan mereka itu, tanpa banyak soal.
Hari ini, kita sedih melihat Perdana Menteri dicaci-hina dan diketawakan semahu-mahunya di laman-laman web dan laman-laman sosial kaum Cina sementara ada pihak di keliling Perdana Menteri sendiri yang meminta agar kerajaan terus berlembut dengan mereka…

Kecenderungan Laluan Sulit 'The Star' Mula Ditelanjangkan


Apabila orang Melayu berpakat untuk memulaukan kedai Cina, barangan Cina dan semua produk syarikat  Cina, maka akhbarThe Starmenjalankan kempen menentangnya kerana dakwanya membahayakan keharmonian sosial negara.

Tetapi apabila orang Cina menjalankan kempen untuk meruntuhkan dominan Melayu dalam sebuah kerajaan majmuk yang terbina sejak merdeka,The Star tidak pula nampak bahayanya.

Saya telah nampak bahayanya apabila ribuan orang Cina di kampong dan di bandar beratur panjang berbatu-batu, termasuk yang pulang dari luar negara untuk menenggelamkan kerajaan Melayu pada 5 Mei lalu.

Tindakan Buy Chinese Last oleh beberapa NGO Melayu adalah sebagai membalas tindakan orang Cina khususnya DAP yang mahu menghancurkan sebuah kerajaan yang bersifat multiracial tetapi telah tersasar  membina  sebuah kerajaan Bumiputra. 

Jika orang Cina mahu melindungi perbuatan jahat menentang kepimpinan Melayu dengan kempen "Kami Suka Najib, Tetapi Tidak Suka BN," maka apa salahnya jika orang Melayu berkempen "Kami Suka Cina, Tetapi Tak Suka Barangan Cina."

Saya sendiri tidak percaya bahawa tindakan ini akan berkesan serta merta kerana kuasa ekonomi tidak sepenuhnya berada di tangan orang Melayu atau Bumiputra tetapi kempen Buy Chinese Last boleh berkesan jika dijalankan terus menerus  dalam masa empat lima tahun akan datang secara profesional dengan strategi yang inovatif dan kreatif, halus dan bijak secara kecil-kecilan dan besar-besaran.

Kerajaan mesti banyakan lagi Kedai1Malaysia di seluruh negara.

Ini bukan tindakan rasis kerana kempen jatuhkan kerajaan Melayu juga bukan rasis. Hanya Ketua Pengarang Akhbar The Star, Datuk Wong Chun Wai sahaja nampak rasis seperti dia nampak Utusan Malaysia rasis, tetapi tidak nampak akhbar Cina rasis.

Mulakan dengan pemulauan akhbar The Star.

KENAPA THE STAR BERSIKAP BEGINI?

Akhbar The Star yang menonjolkan diri sebagai juara untuk mengharmonikan semula hubungan antara kaum selepas Pilihan Raya Umum Ke13, tetapi tidak langsung menyiarkan  berita mengenai Pas tidak bersetuju dengan perhimpunan haram untuk menjatuhkan kerajaan yang dijuarai oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Jika The Star ikhlas untuk mendamaikan negara, maka berita ini akan memberikan sumbangan yang besar ke arah melemahkan masyarkat Cina yang sedang berada dalam uphoria gerakan untuk menjatuhkan kerajaan dengan keganasan dan kekerasan yang diwarisi dari  PKM.

Mereka ini sebenarnya adalah communist surrogate. Nasib baik The Star gagal dalam usaha untuk membawa balik Chin Peng ke Malaysia. Jika tidak, dia tentunya memberikan inspirasi dan semangat besar kepada orang Cina Malaysia dari dekat.

The Star juga tidak menyiarkan berita orang Cina Malaysia di London mengadakan tunjuk perasaan untuk mencemarkan Pilihan Raya Ke 13 di Malaysia dan demikian juga pelajar-pelajar Malaysia menterbalikkan bendera Malaysia di Taiwan.

Apa yang disiarkan hanya bila pelajar-pelajar yang kurang ajar ini mempertahankan diri mereka. 

Zamkata akan menyiarkan dari semasa ke semasa betapa kelicinan The Star menjadi duri dalam daging untuk membuka mata seluruh rakyat yang prihatin terhadap keselamatan negara ini.

Saya kira masa telah berakhir untuk The Star bermuka-muka dan bermain silap mata, pepat di luar rencong di dalam.

KERA SUMBANG PAS DALAM HIMPUNAN HARAM DI KEDAH.

Sekalipun sebahagian besar pemimpin pemimpin Pas tidak bersetuju dengan perhimpunan haram yang dijuarai oleh Anwar  dan Lim Kit Siang tetapi Naib Presiden  Pas Sallehuddin Ayob dan Pesuruhjaya Pas Kedah Mahfuz Omar telah bersama dengan Anwar Ibrahim dalam tunjuk perasaan haram di Ibu Pejabat Pas di Kota Sarang Semut Kedah malam kelmarin.

Sejumlah besar yang hadhir adalah dari kaum Cina.

Kepada Mahfuz dan Sallehuddin tidak ada jalan lain lagi kecuali terus  bersama dengan Anwar Ibrahim sehingga kesaat terakhir kerana kedudukan masa depan mereka dalam kepimpinan Pas juga hanya menghetong hari. Seperti Hadi mereka jug adalah kera sumbang dalam Pas sekarang ini.


Wednesday 12 June 2013

DISKRIMINASI MAJIKAN CINA TERHADAP CALON MELAYU!! FAKTA MENARIK!!

Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki orang Cina dan syarikat Antarabangsa di negara ini.

Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen selama enam bulan yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon didasarkan kepada etnik pemohon.

Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat di sini dengan menghantar ‘resume’  kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru lulus universiti kepada syarikat yang mengiklankan kerja kosong.

Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil.

Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah hampir sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui apakah pemilihan berdasarkan bangsa pemohon.

Beliau bagaimana pun mengingatkan media berhati-hati membuat rumusan kerana kajian mereka hanya untuk mengetahui perbedaan pemilihan calon bukannya untuk mengetahui kenapa graduan Cina dipilih.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

Kajian mereka juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih pemohon Cina di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % berbanding hanya 4.8% untuk graduan Melayu.

Dr Lee tidak pula mengatakan apakah itu menunjukkan orang Melayu tidak mendiskriminasi kaum Cina.

Bagi syarikat Antarabangsa 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan calon dari Universiti Awam yang sudah lama ditubuhkan menjadi pilihan berbanding dengan universiti sewasta.

Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

Beliau berharap hasil kajian itu tidak seharunya digunakan untuk menuduh majikan Cina fanatik kaum walaupun terdapat diskriminasi terhadap orang Melayu dan memandangkan Melayu juga adalah kaum majoriti negara ini.

Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi demikian tetapi mengakui terdapat isu yang harus ditangani tetapi ini akan menjadi sukar jika penemuan tersebut digunakan sebagai senjata untuk menegakkan agenda tertentu.

Beliau bagaimana pun berkata tentunya ada pihak yang tidak setuju dengan penemuan itu dan cuba menidakkannya tetapi hakikatnya masalah itu perlu diselesaikan.

Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah rumit mengenai hubungan kaum tetapi ia wajib dibincangkan di peringkat kebangsaan dengan niat yang ikhlas untuk mencari penyelesaian yang adil.

Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

Sumber: UKM Portal Berita

Thursday 6 June 2013

KHALID SAMAD CAKAP PORTAL MALAYSIAKINI PENIPU!!?



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan menyalahkan mana-mana pihak istana terutama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu kelewatan pelantikan anggota exco kerajaan negeri itu.

Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor itu mendakwa portal berita Malaysiakini sengaja mensensasikan artikel yang ditulisnya dalam blog berkaitan pelantikan ahli Exco kerajaan negeri Selangor.

Bagaimanapun, Khalid berkata beliau hanya mengeluarkan kenyataan mengenai mekanisme pengagihan kerusi exco Selangor untuk parti-parti di bawah Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS kerana kemenangan berbeza dalam parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) lalu dan pada 2008.

"Dalam artikel saya tidak mengatakan ada kelewatan. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Saya hanya menjelaskan perbezaan suasana (pilihan raya) 2008 dan 2013 yang menyebabkan perlunya ada perbincangan dan bukannya pergaduhan," katanya pada sidang media di Shah Alam.

Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Khamis lalu yang menafikan dakwaan bahawa kelewatan pelantikan exco Selangor adalah disebabkan untuk memenuhi kehendak Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamad Munir dalam kenyataannya mengingatkan pengamal media sosial termasuk penulis blog agar tidak mengheret pihak istana terutama Sultan Selangor dalam apa juga perkara tanpa siasatan terlebih dahulu bagi mengelak tanggapan salah rakyat terhadap baginda.

Khalid baru-baru ini menulis satu artikel yang bertajuk 'Isu Pelantikan Exco Selangor: DAP dan PAS Bergaduh?' di blog milik beliau iaitu www.khalidsamad.com.

Menurut Khalid, tidak timbul soal kelewatan pelantikan exco kerana ia mengikut peraturan dengan melakukannya dalam tempoh yang dibenarkan iaitu 60 hari.

Ditanya adakah beliau ada menghadap pihak istana untuk memberikan penjelasan, Khalid berkata: "Tak payahlah. Dia (Mohamad Munir) pun tak panggil saya untuk (dapatkan) penjelasan. Ini hal kecil. Saya harap akhbar (media) dapat perbetulkan supaya tidak timbul masalah."


Monday 3 June 2013

POLITIK SELANGOR PARAH, PKR SELANGOR DIJANGKA BERPECAH!



Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dijangka berhadapan dengan krisis perpecahan yang dahsyat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus diserang oleh kepimpinan PKR negeri.

Bermula dengan isu perlantikan exco yang dilihat menjadi punca krisis pertelagahan, kini masalah semakin meruncing apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor mempertikaikan perlantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar.

Perkaran itu dipertikaikan sendiri oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafei yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan tentang skop kerja jawatan itu dalam pentadbiran negeri Selangor.

Menurut beliau seperti dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian, hari ini, MPN Selangor akan meminta penjelasan lanjut daripada Tan Sri Abdul Khalid kerana timbul pertanyaan mengapa pula Setiausaha Agong PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Shuhaimi menegaskan, semua posisi penting yang berada di pentadbiran kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan yang terdiri dari Menteri Besar, Exco kerajaan negeri dan ahli majlis adalah terdiri daripada orang politik.

Beliau juga mempersoalkan dengan pelantikan tersebut, bagaimana pula tafsiran tidak mahu orang politik berada dalam kerajaan dapat dipenuhi atau diabaikan.

Namun menurut sumber lain, tindakan Shuhaimi sengaja dibuat kerana ada hubung kait dengan pembersihan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim dalam kerajaan Selangor dan anak syarikat kerajaan negeri yang mengetepikan semua pemimpin PKR yang disyaki adalah kroni Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sumber berkata, mungkin Azmin Ali menjadi perancang untuk memporak-perandakan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor sebagai tindakan balas dendam.

Shuhaimi turut menemplak Khalid Ibrahim ekoran peristiwa seorang wakil rakyat PR dihalau keluar dari mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Beliau mendesak supaya satu tindakan segera bagi menangani perkara itu kerana insiden itu memalukan keseluruhan sistem penyampaian pentadbiran kerajaan Selangor.