Monday 3 June 2013

POLITIK SELANGOR PARAH, PKR SELANGOR DIJANGKA BERPECAH!



Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dijangka berhadapan dengan krisis perpecahan yang dahsyat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus diserang oleh kepimpinan PKR negeri.

Bermula dengan isu perlantikan exco yang dilihat menjadi punca krisis pertelagahan, kini masalah semakin meruncing apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor mempertikaikan perlantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar.

Perkaran itu dipertikaikan sendiri oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafei yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan tentang skop kerja jawatan itu dalam pentadbiran negeri Selangor.

Menurut beliau seperti dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian, hari ini, MPN Selangor akan meminta penjelasan lanjut daripada Tan Sri Abdul Khalid kerana timbul pertanyaan mengapa pula Setiausaha Agong PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Shuhaimi menegaskan, semua posisi penting yang berada di pentadbiran kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan yang terdiri dari Menteri Besar, Exco kerajaan negeri dan ahli majlis adalah terdiri daripada orang politik.

Beliau juga mempersoalkan dengan pelantikan tersebut, bagaimana pula tafsiran tidak mahu orang politik berada dalam kerajaan dapat dipenuhi atau diabaikan.

Namun menurut sumber lain, tindakan Shuhaimi sengaja dibuat kerana ada hubung kait dengan pembersihan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim dalam kerajaan Selangor dan anak syarikat kerajaan negeri yang mengetepikan semua pemimpin PKR yang disyaki adalah kroni Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sumber berkata, mungkin Azmin Ali menjadi perancang untuk memporak-perandakan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor sebagai tindakan balas dendam.

Shuhaimi turut menemplak Khalid Ibrahim ekoran peristiwa seorang wakil rakyat PR dihalau keluar dari mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Beliau mendesak supaya satu tindakan segera bagi menangani perkara itu kerana insiden itu memalukan keseluruhan sistem penyampaian pentadbiran kerajaan Selangor.

Thursday 30 May 2013

SENARAI EXCO SELANGOR DAN PORTFOLIO


ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim memegang memegang jawatan sebagai Menteri Besar.  Antara bidang tugas termasuklah urusan  Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan dan Jawatankuasa Adat Melayu.

Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad
-Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali
-Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi
-Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Adun Sabak, Sallehen Mukhyi
-Hal Ehwal. Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim
-Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah
-Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram

Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman
-Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail
-Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong
-Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi
-Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi


10 Exco Selangor Angkat Sumpah Hari Ini

30 Mei 2013
Ahmad Yunus Hairi
Ahmad Yunus Hairi
dr-halimah-ali
Ean Yong Hian Wah
Ean Yong Hian Wah
Iskandar Abdul Samad
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad
Exco Selangor
Antara barisan Exco Selangor bagi penggal 2013-2018.
KLANG - Seramai 10 orang Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Exco negeri itu bagi penggal 2013-2018.

Exco Selangor kali ini menampilkan lima calon muka baru dan lima calon yang dikekalkan untuk penggal ini.

Pas membariskan dua Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, serta Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali manakala dua Adun muka baru Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Sabak, Sallehen Mukyi.

Manakala tiga Adun DAP terdiri dari Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim serta Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman adalah Adun muka baru dan mengekalkan  Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Adun daripada PKR menampilkan seorang Adun muka baru Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi dan turut mengekalkan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail serta Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Istiadat angkat sumpah, semua 10 Exco yang dipekenan Sultan Selangor  itu berlangsung tepat jam 9.30 pagi di Balairung Seri di hadapan  Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini.

Adun Pas, Iskandar mengetuai barisan Exco memulakan istiadat angkat sumpah dan menerima surat perlantikan daripada Sultan Selangor. - Sinar Harian

ADUN PKR MERAJUK TAK JADI EXCO, MUNGKIN UMUM KELUAR PARTI!!?



Sekumpulan ahli akar umbi PKR dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan malam semalam berhimpun di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka bahawa Dr Xavier Jeyakumar telah digugurkan daripada senarai barisan exco kerajaan negeri Selangor.

Difahamkan mereka kemudiannya mengadakan mesyuarat tertutup dengan Anwar bagi memujuknya supaya melanjutkan jawatan exco ADUN Seri Andalas itu untuk sepenggal lagi.

“Namun, usaha mereka tidak berhasil kerana PKR telah menamakan barisan exco baru di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim,” kata sumber yang rapat dengan ketua pembangkang itu.

Sumber itu juga mengesahkan mesyuarat malam semalam agak panas dengan Anwar yang akhirnya hilang kesabarannya mengarahkan seorang daripada penyokong parti itu meninggalkan mesyuarat.

Katanya, enam orang yang diketuai oleh ahli majlis Selayang George Gunaraj dan pengerusi bersama Suaram K Arumugam hadir pada mesyuarat dengan Anwar itu.

Adalah dipercayai pada mesyuarat itu, Anwar mendakwa pihak istana yang mahu Xavier digugurkan dan cadangan itu bukannya datang dari parti.

Xavier dilantik sebagai exco selepas memenangi kerusi Seri Andalas pada 2008.

Walaupun berjaya mengekalkan kerusinya pada pilihan raya umum 5 Mei lalu dengan majoriti besar dengan mengalahkan calon MIC T Mohan, beliau juga digugurkan.

Difahamkan PKR meletakkan wakil wanita bagi memenuhi semua tiga jawatan exco yang diperuntukkan kepada parti itu.

Mereka adalah Rodziah Ismail-Batu Tiga, Elizaberth Wong-Bukit Lanjan dan Dr Daroyah Alwi.

Rodziah dan Elizabeth masing-masing adalah exco pada penggal yang lalu.

Selain Xavier, seorang lagi exco PKR yang digugurkan adalah ADUN Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari.


CAJ PARKING NAIK 60 SEN SEJAM DI SHAH ALAM! TERIMA KASIH PAKATAN RAKYAT!




Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata, kenaikan itu wajar dilakukan memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenalkan sejak 1998 dan kadar baharu itu akan berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.

"Kadar caj yang dikenakan pada masa ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa dan status Shah Alam sebagai bandar raya," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA di sini hari ini.

Beliau berkata MBSA juga akan mengadakan program kutipan kompaun tempat letak kereta yang menawarkan potongan 80 peratus, bermula 10 Julai hingga 7 Ogos depan, iaitu sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, tunggakan kompaun letak kereta kini berjumlah RM9 juta dengan tiga kawasan mencatat jumlah tertinggi iaitu Seksyen 9, Seksyen 13 dan Seksyen 25.- BERNAMA


[Sumber]
[Sumber]