Monday 1 April 2013

Update #LahadDatu: SEMBILAN RUMAH SARANG PENGGANAS DIKENAL PASTI




SEMPORNA: Sembilan rumah yang disyaki menjadi sarang kumpulan pengganas dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas, mungkin diroboh, kata Ketua Kampung Ramlee Saraman.

Ramlee berkata beliau difahamkan ada pemilik rumah yang mungkin terperdaya dengan kumpulan itu sehingga ‘menjualkannya’ tanpa menyedari ia mungkin dijadikan sarang operasi pengganas.

Beliau berkata tindakan meroboh premis itu akan dilaksana pihak berkuasa seperti majlis daerah selepas pihak keselamatan mengesahkan ia dijadikan sarang pengganas.

“Kalau benar, rumah-rumah ini akan dirobohkan. Bagi saya, ia dapat mengembalikan kepercayaan penduduk di sini bahawa perkampungan mereka selamat,” katanya ketika meninjau kampung itu bersama wartawan Bernama Ahad.

Beliau berkata, sejak pembukaan Kampung Simunul pada 9 Mac 1939, kejadian 2 Mac lepas yang menyaksikan enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap itu, adalah yang pertama berlaku di kampung itu.

Ramlee, 56, yang menggalas tugas Ketua Kampung sejak 2006, memberitahu kira-kira 1,000 penduduk meninggalkan perkampungan itu berikutan insiden tersebut.

Beliau berkata, antara modus operandi anggota kumpulan pengganas ‘menyusup’ ke perkampungan air itu ialah menetap di situ dan bergaul dengan segelintir penduduk.

“Saya ada mendapat berita, ada penduduk kampung memanggil seorang daripada mereka (enam pengganas yang terbunuh) sebagai Imam, tetapi saya hendak tegaskan dia bukan imam yang sah dilantik,” katanya.


Video Troll untuk @Khalid_Ibrahim #TolakPR





Berkenaan dengan krisis air Selangor. Sila dengarkan lirik lagu ini dan anda akan faham situasi krisis air di Selangor.





[Sumber]

Update #LahadDatu: ORANG KANAN DATU PIAH MATI DITEMBAK


 
Seorang panglima yang juga pengawal peribadi kepada Datu Piah mati selepas ditembak oleh pasukan keselamatan ketika menyerang polis di sebuah rumah atas air di Simunul, Semporna beberapa hari lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Salib Sampang atau Imam Mas berusia 50-an itu dipercayai adalah orang kuat Datu Piah yang menetap di kampung tersebut.

Dalam operasi pada pukul 10 pagi itu, pasukan keselamatan turut menahan enam orang termasuk dua wanita dengan salah seorang daripadanya dipercayai isteri kepada Salib serta seorang lelaki lain dikenali sebagai Totok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota keselamatan pergi ke perkampungan tersebut yang majoritinya didiami warga Filipina untuk melakukan operasi pemeriksaan.

Katanya, bagaimanapun, penghuni di salah sebuah rumah kayu di kampung itu enggan memberi kerjasama kepada pihak polis yang mahu memeriksa rumah tersebut.

“Apabila seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan memecahkan pintu, seorang lelaki yang bersenjata parang bertindak agresif menyerang dan cuba menetak pegawai itu bertubi-tubi.

“Ketika kejadian, pegawai polis itu bernasib baik kerana sempat mengelak manakala suspek yang enggan menyerah diri mati ditembak,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Datuk Seri Muhamad Ridzwan ditahan mengikut SOSMA



KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012. 

Beliau ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, jam 11 pagi tadi, bagi membantu siasatan kes pencerobohan di Lahad Datu. - Berita Harian

Datuk Seri Muhamad Ridzwan serah diri di IPD Ampang



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman serah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini pagi ini untuk membantu siasatan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. 

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 kenalannya di balai polis itu pada jam 11.05 pagi tadi.Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu. 


Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lalu. - BERNAMA