Tuesday, 4 February 2014

KONSPIRASI LUAR TABI'E


KONSPIRASI LUAR TABI'E







Siakap senohong gelama ikan duri, kuat bohong nak jadi Perdana Menteri!



18.08.2012, sebelum PRU-13: Saya akan pencen jika pembangkang tewas PRU-13 dan jadi
professor!
07.05.2013, selepas PRU-13: Saya tidak akan pencen. Pembangkang kalah kerana Bangla
dan blackout!

Sebelum PRK DUN N.25 Kajang:
27 Jan 2014 – Saya TIDAK akan bertanding dalam PRK Kajang
28 Jan 2014 – Saya diminta bertanding dalam PRK Kajang!

Selepas PRK Kajang
28 Januari 2014 – Saya umumkan bahawa Khalid akan terus menjadi Menteri
Besar!
Q: Selepas PRK Kajang! Siapa
MB baru?
Sendiri pun boleh jawab lah yop!!!
Salam 2 all.



Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!

Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!


SEJARAH BERULANG - KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR

Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.



Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Itu lain kali jika perlu. Tetapi cukup sekadar memberitahu bagaimana Anwar pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29.06.2008. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada 'cubaan mahu menembak Anwar'!!!

Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.

Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!

Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.



Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar!

Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.

Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.

Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!***

Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.



Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!


Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!

Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!

Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini!


TAN SRI KHALID PENGHALANG

Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!

PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS.

Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' - begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.

Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!



Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!

Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?


CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH

Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.

Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.

Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.

Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.



Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!

Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!

Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid! 


STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS 

Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.

Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.

Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!

Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.

Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!


PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO

Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.

Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.

Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti.

Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.


TAKTIK AKHIRUL KALAM - VIDEOKLIP

Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu...tunggu dan lihat!


RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID

Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!

Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.

Khalid sekarang ada beberapa opsyen:

1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua  ADUN PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!

2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi beliau;

3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini;

4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau

5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor. Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.

Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!

Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.

Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!

Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi'e ini.

Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!

Wallahua'alam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Rabi'ul Akhir 1435
01 Februari 2014



***Kenyataan ini tidak bermaksud dan tidak sepatutnya difahami yang Mahkamah membebaskan Anwar kerana beliau Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen, atau kerana Mahkamah takut kepada tekanan dalam dan luar negara. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan undang-undang, fakta dan keterangan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah dan merumuskan keputusan sewajarnya. Samada penghakiman Mahkamah Tinggi itu wajar atau tidak kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan nanti insyallah. Untuk penjelasan lanjut, sila baca keputusan bertulis Mahkamah Tinggi itu didalam mana-mana jurnal perundangan dan kehakiman.

Sumber

Santai minggu ni


sempena memperingati perjuangan PAS di Selangor layan lagu ni dulu

Wednesday, 29 January 2014

PRK Kajang: Sandiwara atau Membazir? - MyMassa




PRK Kajang: Sandiwara atau Membazir? - MYMASSA
1/29/2014 |

Perletakan jawatan ADUN N25 Kajang; Lee Chin Cheh secara tetiba memang mengejutkan rakyat. Tak sampai pun setahun (8 bulan) PKR buat hal lagi. Mungkin ia sebagai satu taktik PKR mengalih tumpuan rakyat supaya melupakan kemelut yang melanda Pakatan Rakyat di Selangor atau sebagai satu strategi memainkan sentimen rakyat untuk terus membenci kerajaan persekutuan. 

Manakan tidak sudah menjadi tebiat Anwar dan pembangkang, dimana ada isu disitulah mereka akan berkerumun seperti langau taik membuat bising, menabur virus dan menyebar penyakit sehingga benda yang baik pun menjadi busuk gara-gara hasutan mereka. 

Pencalonan Anwar sebagai calon ADUN Kajang mewakili PKR menguatkan spekulasi kemungkinan Anwar akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru jika beliau memenangi PRK DUN tersebut. 

Anwar sebenarnya teringin sangat dengan kedudukan yang penuh kuasa sebagai MB di negeri termaju di Malaysia tersebut. Tambahan pula gaji baru MB yang berganda-ganda itu. Kalau dulu dikritik tapi sebenarnya jawatan itu amat-amat diidamkannya. Sekadar menjadi Penasihat Kewangan bergaji RM1.00 apalah sangat. 

Mungkin dengan jawatan itu senang juga Anwar berdampingan dengan Azmin Ali, kekasihnya itu.

Tambahan lagi banyak boleh masyuk bila menjadi MB Selangor ni. Bila banyak duit senang nak penuhi nafsu politiknya menjadi PM ke 7 selepas PRU 14 nanti.

Mungkin strategi Anwar untuk jadi ADUN di Kajang terlebih dahulu kemudian jadi MB Selangor, dekat sikit dengan Putrajaya, senang-senang boleh datang bersantai-santai sambil tengok rumah dan pejabat PM Najib. Mungkin juga ia sebagai percaturan Anwar yang berkemungkinan akan bertanding di Parlimen Putrajaya dalam PRU14 akan datang. 

Namun persoalan menarik gamaknya berapalah sogokan yang Anwar dan PKR bayar kepada Lee Chin Cheh ADUN PKR itu untuk meletakkan jawatan semata-mata nak bagi beri laluan kepada Anwar menjadi calon di DUN Kajang? Cina PKR ni bodoh atau diperbodohkan?

PRK Permatang Pauh 2008. Insiden lari ke Kedutaan Turki tengok FiFA World Cup dan liwat menghantui Anwar 


Samalah kes Jijah bini si Anwar yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh pada 2008 dulu semata-mata untuk beri peluang kepada Anwar menjadi MP di Permatang Pauh. Tak sampai 6 bulan Jijah berkhidmat dan PKR dah buat kecoh hingga membazirkan wang rakyat.

PRK Penanti Mei 2009...Sandiwara PKR membazir wang rakyat


Samalah jua kes ADUN PKR di Penanti yang meletak jawatan kemudiannya dipecat PKR kerana tidak sebulu dengan Lim Guan Eng. Letak jawatan suka-suka dan menyusahkan SPR, rakyat dan kerajaan. Habis wang rakyat digunakan untuk membelanjakan sebuah PRK demi nafsu politik songsang Anwar Ibrahim dan DAP.

Persoalannya kini kalau MB Khalid Ibrahim tak efisyen sebagai MB kenapa tidak saja dilantik di kalangan ADUN-ADUN PAS sedia ada. Atau lantik saja si Azmin Ali. Kenapa PAS yang lebih majoritinya dalam DUN tak boleh dilantik jadi MB?

Jawapannya mudah sebabnya PAS bodoh! Mereka hanya layak dipergunakan sebagai pencacai dan kuda kayu tunggangan DAP dan PKR untuk memecah belahkan orang Melayu - Islam di Selangor.

Untuk PRK kali ni biarkan MCA menentang Nuar, bukannya UMNO. Jangan buat macam kes UMNO menentang DAP di Pasir Gudang. Apa hasilnya...dipermainkan dek kaum chauvinist.

Kita tengok sejauh mana kekuatan MCA baru ini. MCA belum pernah teruji dengan sebarang PRK sejak PRU 12 dan PRU 13. Yang banyak hanyalah UMNO.

Kali ini MCA, Gerakan atau mana-mana NGO Cina pro kerajaan perlu buktikan kaum cina di Kajang sokong MCA. Ada berani? 

Kajang dahulunya penempatan majoriti kaum Melayu. Namun akibat proses perbandaran Kajang kini menjadi kota campuran yang 52% adalah majoritinya kaum Cina dan India sepertimana Serdang, Seri Kembangan, Balakong,Cheras...

Semua kemudahan dah ada di sini. Malangnya Melayu juga terpinggir di kampung-kampung di celah-celah bukit di Sungai Merab, Teras Jenang, Bangi, Semenyih, Baranang dan sebagainya.

Masihkah kita ingat lagi peristiwa ini? Betapa manisnya mulut komunis Dong Zong di depan PM Najib
semasa sambutan Tahun Baru Cina 2013. Duit angpau dapat, makan besar dapat, limau dapat....kununnya cina-cina ni sokong BN, tetapi akhirnya apa terjadi di DUN Kajang dan apa Dong Zong buat pada PM selepas itu???

Wajah bermuka-muka Cina chauvinist Dong Zong di Cong Xi Fa Chai di Kajang 2013! Kesian PM, MCA dan Gerakan kena tipu...

Makan busat, duit dapat tapi PRK Kajang 2013 terguling. Kempen PRK Kajang nanti masih nak tabur duit bina sekolah dan dewan cina lagikah? 

Nanti jangan pula ada malaun nak gatai-gatai beri nasihat agar kerajaan memberi sumbangan
kepada sekolah-sekolah Cina di Kajang. 

Lihat cara Dong Zong mempermainkan PM dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013 lalu.
Buta-buta PM kena tipu dek cina DAP. Duit baiki sekolah dan dewan dapat, makan besar dapat,
angpau dapat tapi akhirnya BN ditikam belakang habisan. 

Tahun 2008 dulu BN kalah majoriti lebih 3,000 undi. Tahun 2013 setelah banyak duit ditabur dan
dibaham oleh puak-puak chauvinist BN kalah lebih 6,000 undi! 

Berapa banyak lagi duit kerajaan mau ditabur di Kajang di kala ekonomi meleset kini?

Kalau UMNO nak tolong, bantulah kaum-kaum Melayu-Islam di Kajang tu yer...

SELAMAT BERKEMPEN, TURUNKAN HARGA SATE KAJANG!



RMK :


Tuesday, 28 January 2014

SAH! Anwar Ibrahim Bertanding Di DUN Kajang



PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Perkara itu diumumkan Abdul Khalid pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

"Kita telah mengadakan perbincangan di peringkat pusat termasuk dengan pimpinan pakatan rakyat.

"Bagi Dun Kajang, Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa PKR yang akan bertanding dan PKR hari ini memutuskan bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim  sebagai calon yang akan bertanding di Dun Kajang," katanya.

Sidang media itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan juga Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan Adunnya, Lee Chin Cheh yang di isytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh semalam.

Laporan Asal: Harakah Daily


RMK: 



Kehkehkeh....

Monday, 27 January 2014

ADUN Kajang letak jawatan!.. untuk beri laluan kepada Anwar sebagai MB ke?


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut, kata satu sumber parti.
Sumber dalaman PKR itu memberitahu The Malaysian Insider, Lee sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.

Lee, 42, yang merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.
Selepas pilihan raya umum ke-13, PKR hanya mendapat 14 kerusi DUN berbanding DAP dan PAS yang mendapat 15 kerusi DUN.
Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.

Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari. – 27 Januari, 2014.

Thursday, 23 January 2014

Selangor Bakal dpt MB baru?




Nampaknya impian Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor semakin cerah apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang bermesyuarat sebentar tadi memutuskan beliau mengantikan akan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri berkenaan.

Akhbar Sin Chew dalam laporan muka depannya untuk edisi petang hari ini melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan Anwar Ibrahim bersetuju dengan pertukaran itu.

Namun, tidak dinyatakan bila majlis pertukaran tersebut akan dilangsungkan dan sebarang pertukaran kepimpinan Menteri Besar perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.

Azmin yang merupakan pemimpin politik kelahiran Singapura sebelum ini dilakporkan mempunyai hubungan dingin dengan Khalid.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Azmin dipecat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sebelum itu Khalid membuat kejutan apabila membuat pengumuman untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada April ini.


Keinginan meluap-luap Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor sangat nyata dan jelas terutama selepas pilihan raya umum yang lalu sehingga wujud khabar angin beliau mahu meninggalkan PKR apabila tidak dilantik ke jawatan impiannya itu.

sumber


RMK : Mesti Azmin tgh happy ni...


Wednesday, 22 January 2014

TERKINI: Demo Solidariti Pro-Azmin di Pejabat PKNS Laman Sari Shah Alam

Sekitar Demo Solidariti Pro-Azmin di hadapan Pejabat PKNS, Laman Sari Seksyen 13 Shah Alam.

Jam 11.30 pagi.


Wow! Ramainya macai Azmin!


Berjuta-juta macai yang turun! 


Tuuu dia! Semua macai Azmin bersemangat!


Azmin hantar bunga ros kuning untuk Faekah ke?


Khalid Ibrahim dah menggeletar! Faekah terpaksa tenangkan Khalid!




RMK: KAH KAH KAH KAH!!!





Lihatlah Sendiri Politik Kehaiwanan Amalan Angkatan Muda Keadilan (AMK)...

AMK LONGKANG : BAKAR LUKISAN SIMBOLIK 'BENDERA JEPUN'..









otak sampah.
politik longkang.
mentaliti jamban .
bodoh nak mampuih.
inilah dia wajah ahli parlimen pembangkang yang takde kualiti.

menyelesaikan masalah dengan cara nafsu amarah.
sungguh low class dan tak menggambarkan pembangkang ini bertamadun.

kepada rakan bloggers, ini lauk besar.

kena sebarkan ke seluruh dunia betapa bodohnya kualiti cara pembangkang selesaikan masalah.

pembangkang telah busukkan nama harum malaysia dalam perhubungan antarabangsa nya dengan jepun..

heyyy.. susah nak cakap.. wei jadi batu api je la !

Kredit to GAP


RMK : yg x bleh blah skali si sam ketot tu ade hati gi cakap bukan AMK yg buat lepas tu?? ape punye bangang Sam Ketot ni. MENIPU orang tak heengat pnye!! org2 mcm ni pon dlm Pakatan bleh jd Ahli Parlimen & Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia ke?? hancur...hancur...



Santai Pagi: Anwar Merayu Pada Doraemon!



HAHAHAHAHA kasihannya....


Tuesday, 21 January 2014

@Khalid_Ibrahim sudah berani lawan Anwar?



Pergolakan dalaman PKR khususnya di Selangor ni makin membuak2 skg ni nampaknya dalam pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2014 semakin lama semakin hampir ni.

Minggu lepas mmg hangat kat Selangor isu Azmin kene pecat dr PKNS sampai the "Godfather" Anwar Ibrahim yg kene halau dr Jepun pon masuk campur. 



Hebat Abg Non..lagi hebat dr MB Selangor bleh arah sapa stay sapa yg patut kene pecat. Khalid Ibrahim dgn exco2 dari PAS dgn DAP steady ja napa abg non nk bising lebih2 bile azmin kene pecat? syg betul abg non kat azmin...aww~~

Ape2 pun MB Selangor da tetap keputusan Azmin tetap dipecat. Abg non nk kate ape skg?   














p/s: Selingan....






hahaha

Sengketa Khalid-Azmin Makin Parah: Penjawat Awam Pula Dipersalahkan!


SHAH ALAM, 20 Januari 2014 - Pengurus besar dan setiausaha kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dikatakan ditukar secara serta merta berkuatkuasa hari ini, berhubung isu pengguguran Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali daripada senarai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, kata satu sumber.
Sumber berkenaan berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memindahkan Othman Omar dan Norita Mohd Sidek ke Pejabat Kerajaan Selangor (SUK), sedangkan Othman masih lagi mempunyai kontrak sehingga 31 Januari ini.
"Surat itu ditandatangani setiausaha kerajaan negeri... beliau (Abdul Khalid) kini cuba mengalihkan kesalahan (menggugurkan Azmin) kepada penjawat awam," kata sumber itu lagi.
Selepas Azmin, Othman dan Norita kini jelas sumber berkenaan turut dilarang daripada menghadiri mensyuarat ahli lembaga pengarah PKNS.
"Abdul Khalid menjadikan mereka sebagai mangsa kesalahannya," jelas sumber itu lagi.
Sumber lain turut mengesahkan perkara itu dengan berkata kedua-dua mereka telah dimaklumkan berkenaan pemindahan itu jam 11 pagi tadi.
"Ya... betul. Mereka telah terima surat jam 11 pagi, dan sekarang menteri besar sedang bermesyuarat berhubung perkara itu," kata sumber berkenaan.
Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Abdul Khalid mengesahkan perkara itu.
"Antara pekara-perkara yang perlu disiasat secara terperinci ialah bagaimana surat pemecatan ahli lembaga pengarah dikeluarkan oleh pengurus besar tanpa pengetahuan menteri besar selaku pengerusi PKNS.
"Keputusan ini telah saya maklumkan kepada kedua-dua pegawai terlibat dan meminta mereka memberi kerjasama penuh kepada siasatan. Saya juga telah memberitahu keputusan ini kepada ahli lembaga pengarah PKNS dalam mesyuarat sebentar tadi.
"Sementara itu, kedudukan ahli lembaga pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS pada 8 Januari lepas untuk mengelak sebarang komplikasi perundangan," katanya dalam satu kenyataan.
Isu pengguguran Azmin sebelum ini menerima kritikan keras pimpinan pembangkang dari PKR selepas Abdul Khalid dikatakan mengambil keputusan dengan mengenepikan kepimpinan tertinggi parti.
Abdul Khalid bagaimanapun selepas mesyuarat Exco minggu lalu menegaskan tindakan menggugurkan Azmin daripada ahli lembaga pengarah PKNS dilakukan oleh Othman, dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) hanya bersetuju dengan perkara itu.
"Keputusan bukan dibuat Exco. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh GM (pengurus besar) PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tak buat keputusan itu.
"Dalam minit mesyuarat Cxco tiada siapa yang disingkir. Surat sudah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco berkenaan.
Kenyataan itu bagaimanapun disanggah Norita, sebaliknya berkata, kuasa lantikan ahli perbadanan itu terletak pada Exco.
Dalam satu kenyataan, Norita menegaskan bahawa PKNS telah memaklumkan kepada Azmin mengenai penamatan jawatannya melalui sepucuk surat bertarikh 8 Januari.
"Tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor pada 13 November, 2013 dan disahkan pada 4 Disember, 2013.
"PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli perbadanan adalah di tangan Exco dan bukan di tangan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS," katanya.
Abdul Khalid bagaimanapun sebelum ini turut menafikan pengguguran Azmin berpunca ekoran daripada pemilihan parti PKR yang akan berlangsung tahun ini.
Kedua-dua pemimpin PKR itu juga sebelum ini sedia maklum tidak sebulu dalam banyak perkara, antaranya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu mengkritik Abdul Khalid secara terbuka berkenaan kenaikan gaji ahli Exco kerajaan Selangor yang disifatkannya sebagai terlalu tinggi.

RMK: Krisis Khalid-Azmin nampaknya bertambah parah. Permainan "politik korporat" Khalid terhadap Azmin kini menular kepada penjawat awam pula. Menjelang pemilihan parti PKR Mac ini, nampaknya Khalid dan Azmin makin agresif sesama sendiri. Memang dalam parti, Azmin ialah Naib Presiden PKR, tetapi Khalid ialah Menteri Besar Selangor sekaligus orang paling berkuasa di negeri terkaya Malaysia ini. Apakah serangan demi serangan oleh Khalid ini membayangkan dia cuba merebut kerusi Naib Presiden pada pemilihan PKR Mac ini? Kita tunggu dan lihat!

Monday, 20 January 2014

Isu Giat MARA Selayang - Hanya UMNO Yang Pertahan Hak Melayu!



LAWATAN PEMUDA UMNO KE GIATMARA SELAYANG

Pada 20 Januari 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Negeri Selangor telah melawat Giatmara Selayang untuk menyelami permasalahan di pusat latihan tersebut. 

Antara kenamaan yang hadir adalah Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya (Biro Pendidikan Tinggi), Zainuri Zakaria (Ketua Pemuda Umno Selangor), Mohd Nazri Mohd Amin (Ketua Pemuda Umno Selayang), Dato Mohd Nasir Ibrahim (Timbalan Ketua Umno Bahagian Selayang) dan Hasnal Rezua Merican (Naib Ketua Umno Bahagian Selayang / Peguam).





Zainuri Zakaria menyatakan pendirian Pemuda Umno Malaysia dan Selangor untuk mempertahankan Giatmara Selayang yang banyak membela pelajar (tercicir PMR dan SPM) agar dikekalkan di lokasi sedia ada.

Giatmara Selayang merupakan tempat pelajar menimba ilmu kemahiran secara percuma. Kerajaan Selangor tiada sebab untuk mengusir Giatmara Selayang kerana PR selalu melaungkan kebajikan rakyat dalam ceramah mereka.

Isu mengosongkan Giatmara menjelaskan pemimpin PR Selangor tidak sepakat dalam membuat keputusan kerana kenyataan yang dikeluarkan exco (arahan mengosongkan) dan MB (dikaji semula) bercanggah satu sama lain.

Beliau turut menyelar tindakan Zaidy Abd Talib (Adun Taman Templer) yang melawat Giatmara Selayang selepas isu meletus seumpama mahu 'menyucikan' isu dgn datang melawat hanya nak mengaburi mata masyarakat. Jika kerajaan Selangor ikhlas mahu membantu Giatmara, pusat latihan itu harus diberi kebenaran menduduki tanpa syarat.





Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya menyatakan isu ini perlu diberi perhatian kerana Mara sejak mutakhir ini menjadi sasaran kerajaan Selangor seperti isu UiTM Serendah. Giatmara yang wujud 20 tahun secara konsisten dan lokasi sekarang bersesuaian kerana pusat latihan sediakan asrama kepada pelatih (tumpuan kepada penduduk setempat).

Sekiranya kerajaan negeri Selangor mahu ia dipindahkan apa tawaran kerajaan negeri berikan (tapak) kerana surat mengatakan ia perlu dikosongkan tanpa ganti rugi. Percanggahan kenyataan antara exco dan MB yang jelas kepincangan pentadbiran pentadbiran Selangor.

Kenyataan MB memberi pengiktirafan dgn mengatakan perlu penambahbaikan prasarana sedangkan exco yang datang bukan sahaja tidak menyebut perkara tersebut malah serah surat mengosongkan pula yang diserahkan.




Hasnal Rezua Merican pula menyatakan Umno akan mengkaji daripada sudut perundangan dan fakta untuk mempertahankan Giatmara Selayang.

Giatmara ini ditubuhkan atas kebenaran oleh kerajaan Selangor secara percuma (bukan TOL atau sewaan). Surat yg dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (arahan mengosongkan) menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab yang mendakwa menduduki tanpa kebenaran sedangkan ada kontrak yang sah.

Beliau berpendirian bahawa Giatmara menduduki tanah tersebut secara sah berdasarkan 'common law'.





RMK: Nah, sudah terbukti jelas dan terang. Selepas UiTM dan PKNS, kini GiatMARA pula diserang pentadbiran PR Selangor. Apakah ada agenda tersembunyi yang terang-terangan menyerang satu persatu aset Melayu Bumiputera di negeri Selangor? Apa dah jadi dengan PAS dan PKR? Masih buta atau sengaja membutakan diri? Mana pergi janji-janji pilihanraya kononnya hak Melayu Bumiputera akan sentiasa dijaga?

Harapkan pagar, pagar makan padi!

Sunday, 19 January 2014

Tindakan Kerajaan Negeri Selangor Tdak Masuk Akal - Datuk Sohaimi Shahadan



KUALA LUMPUR 15 Jan. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan tindakan kerajaan negeri Selangor mengarahkan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru ditutup sebagai tidak masuk akal. Beliau berkata, arahan penutupan GiatMara tersebut merupakan satu penindasan terhadap orang Melayu, sekali gus menutup peluang rakyat negeri itu untuk mendapatkan hak pendidikan.

Katanya, tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyerahkan tapak GiatMara itu kepada sebuah syarikat penyelenggaraan kapal terbang hanya bermotifkan keuntungan perniagaan semata-mata.

“Difahamkan tujuan tanah seluas satu ekar (0.4 hektar) itu diambil bagi membuka sebuah pusat membaik pulih pesawat, namun alasan itu tidak masuk akal langsung kerana tanah di situ hanya berkeluasan setengah ekar (0.2 hektar).

“Tanah itu juga jelas tidak sesuai untuk aktiviti itu kerana berdekatan dengan kawasan perumahan dan tempat riadah. Persoalannya, sudah tidak ada tanah lain ke di negeri Selangor ini?," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas arahan kerajaan negeri Selangor berhubung penutupan GiatMara Taman Selayang Baru yang dibuat melalui satu surat Pejabat Tanah dan Daerah Gombak kepada pengurus pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) bertarikh 2 Disember lalu.

Difahamkan, pengurusan GiatMara itu diminta berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember lalu hingga 10 Disember depan atas alasan tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Sohaimi berkata, tindakan penutupan institusi pendidikan di negeri pembangkang bukan pertama kali berlaku dan rakyat seharusnya membuka mata terhadap sikap kerajaan itu yang kononnya mengutamakan kebajikan rakyat namun bertindak sebaliknya.

Jelas beliau, agenda kerajaan pembangkang amat jelas untuk memenangi hati golongan bukan bumiputera dan kapitalis dengan menghalang usaha membantu melahirkan lebih ramai golongan Bumiputera yang berkemahiran. Dalam hal ini, saya sangat kesal kerana wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Templer gagal membela nasib orang Melayu yang tertindas di situ dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya bertanggungjawab dalam perkara ini," tegasnya.

Laporan Asal: Utusan Malaysia 

Friday, 17 January 2014

Swasta ambil alih tapak GiatMara - Khalid Ibrahim


SHAH ALAM 15 Jan. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor merancang untuk menyerahkan tapak pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru kepada syarikat swasta.

Menurut beliau, penyerahan tanah kepada syarikat swasta merupakan salah satu daripada dua pilihan oleh kerajaan negeri di sebalik arahan kepada pihak pengurusan pusat di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkenaan untuk mengosongkan premis itu sehingga akhir tahun ini.

Katanya, satu lagi pilihan adalah membenarkan GiatMara di Taman Selayang Baru terus beroperasi di tapak sama dengan syarat pengurusan pusat latihan tersebut memperbaiki kemudahan serta operasi mereka.

"Kalau GiatMara perbaiki operasinya dan menggunakan tanah tersebut dengan baik, mereka boleh teruskan. Kalau tidak boleh, mereka boleh beralih ke tempat lain supaya kerajaan negeri dapat memperbaikinya semula.

"Pada masa sama, ada syarikat lain yang mahu menjadikan pusat latihan itu (tapak GiatMara Taman Selayang Baru) mampu menyediakan kemahiran yang lebih tinggi kepada anak-anak muda dengan kemahiran lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus Pusat GiatMara di Taman Selayang Baru untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 meter persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran.
Kerajaan negeri turut memberikan amaran akan mengambil tindakan terhadap pengurusan pusat latihan terbabit tanpa sebarang notis atau ganti rugi di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Tambah Abdul Khalid, syarikat swasta terbabit inginkan lokasi tersebut untuk dijadikan pusat latihan memperbaiki peralatan berkaitan industri penerbangan.

Mengulas lanjut mengenai arahan berkenaan, beliau memberitahu, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya mewujudkan pasukan petugas khas bagi memantau serta membuat laporan mengenai tanah-tanah milik kerajaan negeri.
Beliau menambah, dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang, kerajaan negeri perlu menyediakan maklumat akaun yang disatukan mengenai bentuk penerimaan dan bayaran daripada harta-harta yang dimiliki mengikut sistem perakaunan negara.

"Kita lihat GiatMara ini dibina di atas tanah lapang milik kerajaan negeri. Mulanya dibina sebagai dewan orang ramai dan akhirnya dijadikan bengkel pusat latihan.

"Sebab itu pentadbir tanah (Pengawai Daerah Gombak) diminta untuk melihat bangunan (GiatMara) tersebut. Jika didapati tidak selaras dengan kehendak kerajaan negeri, kita minta pihak pengurusan pusat itu mengosongkan tapak berkenaan tetapi notis kita beri dalam tempoh satu tahun (untuk mengosongkan tapak).

"Kalau dia (pengurusan GiatMara Taman Selayang Baru) tidak mahu terus berada di tapak tersebut, mereka boleh mengosongkannya tapi kalau nak duduk di situ, kerajaan negeri akan ambil alih dan perbaiki," ujarnya.


Laporan Asal: Utusan Malaysia 


Thursday, 16 January 2014

Semua GiatMara di Selangor ditutup?




TANJUNG MALIM 15 Jan. - Semua pusat latihan GiatMara di Selangor dipercayai akan mengalami nasib yang sama seperti GiatMara Selayang Baru dan GiatMara Sabak Bernam yang diarah tutup oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada akhir tahun ini.

Ahli Majlis Amanah Rakyat (Mara), Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri terbabit untuk menutup semua pusat latihan di bawah kelolaan Mara itu menjelang akhir tahun ini.

"Kami dapat tahu bukan hanya pusat latihan GiatMara seperti dilaporkan media akan ditutup, bakal ada tempat lain dan berkemungkinan di seluruh negeri Selangor.

"Kami kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor. Mereka tidak sewajarnya menganggu GiatMara memandangkan pusat latihan itu merupakan platform terbaik untuk membantu pelajar miskin," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Konvensyen Kepemimpinan Siswa Institusi Pendidikan Mara (IPMa) kali ke-2 di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Kanan Pendidikan Tinggi Mara, Datuk Abdul Rahim Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-tech Mara, Profesor Dr. Azali Mohamed.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Negeri Selangor didakwa bertindak mengarahkan pusat latihan GiatMara di Taman Selayang Baru ditutup akhir tahun ini menerusi satu surat yang dikemukakan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak kepada Pengurus pusat latihan di bawah Mara itu yang bertarikh 2 Disember tahun lalu.

Dalam surat tersebut, kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus pusat latihan tersebut untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 meter persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Nazir yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu sebagai melampau dan tidak berperikemanusiaan.

"Isu ini tidak wajar dipolitikkan kerana ia membabitkan pendidikan dan tindakan kerajaan negeri adalah melampau. Sebelum ini Mara mungkin boleh bertolak-ansur dalam isu-isu yang sensitif, tetapi jika membabitkan pelajar Mara, saya tidak rasa kami perlu bertolak ansur," jelas beliau.

Dalam pada itu, Abdul Rahim memberitahu, selain pusat latihan GiatMara di Taman Selayang Baru, Selangor yang diarahkan tutup, dua lagi pusat latihan GiatMara yang turut menerima notis sama.

Katanya, salah satu pusat latihan itu adalah di Sabak Bernam dan sebuah lagi pusat latihan GiatMara akan didedahkan kemudian.

Sehubungan itu, kata beliau, pentadbiran GiatMara akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan langkah yang harus diambil bagi mempertahankan pusat-pusat latihan berkenaan di Selangor.

Laporan Asal: Utusan Malaysia