Thursday, 16 May 2013

Kritik Wan Azizah: Azmin Terus Kunci Mulut



Setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi mengkritik kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali kini memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang komen balas.

Mengelak untuk mengulas sebarang soalan berhubung kontroversi berkenaan, Ahli Parlimen Gombak itu dilihat seolah-olah mahu isu tersebut tidak lagi diperbesarkan.

"Cukuplah...cukup tiga hari isu ini dimainkan," katanya ringkas ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR di sini.

Sementara itu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui juga seolah-olah mahu mengelak daripada memberi komen berhubung wujudnya gesaan agar Mohamed Azmin dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka.

"Kita belum terima aduan rasmi...belum lagi," katanya ringkas.

Anwar diminta mengulas mengenai desakan terbaru daripada Ketua AMK Balik Pulau, Mohd Faizal Ab Rahman yang mahu Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan tegas terhadap Mohamed Azmin.

Menurut Mohd Faizal, beliau menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong bertarikh 11 Mei lalu bagi memohon tindakan disiplin ke atas Mohamed Azmin kerana menuduh Wan Azizah mengamalkan dasar nepotisme.

Minggu lalu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa mempertikaikan tindakan Wan Azizah yang didakwanya langsung tidak mendapatkan pandangan pemimpin PKR negeri sebelum menyerahkan surat mencalonkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar kepada Istana Selangor.

-AntaraPos

Tuesday, 14 May 2013

PAS tiada pendirian bantah keputusan #PRU13



Ketidaktentuan pendirian PAS berhubung perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terserlah apabila Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang sekadar menyerahkan kepada ahli parti membuat pertimbangan sendiri.

Hadi membuat kenyataan itu semalam, beberapa hari selepas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib secara terbuka menyatakan pendiriannya tidak menyokong gerakan itu, sebelum nada sebaliknya disuarakan dua pemimpin PAS, iaitu Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

Ketika ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, di sini semalam, Hadi berkata, PAS menyerahkan kepada pimpinan parti peringkat negeri untuk membuat keputusan sama ada mahu menyertai perhimpunan dianjurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang itu.

“Itu kita serahkan kepada negeri untuk menentukan,” katanya ringkas dan senada dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasruddin Hassan yang menegaskan sayap parti itu tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada ahlinya supaya turut bersama Anwar dalam perhimpunan berkenaan.

“Kita serahkan kepada pimpinan negeri untuk membuat keputusan sama ada mahu menyertai perhimpunan itu atau tidak. Kita juga tidak mengeluarkan arahan kepada ahli parti dan Pemuda PAS berhubung perkara itu,” kata Nasruddin.

Perhimpunan itu digerakkan Anwar tiga hari selepas pakatan pembangkang pimpinannya tewas PRU-13 kepada Barisan Nasional (BN) yang memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen. DAP secara terbuka menyokong perhimpunan itu, namun PAS langsung tidak menetapkan pendiriannya.

Selepas Harun meminta semua pihak menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka, selain turut memuji pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Salahuddin dan Hanipa pula berpendapat, PAS tiada masalah menyokong sebarang perhimpunan bagi menyatakan sikap dan pendirian rakyat terhadap kegagalan pengurusan pilihan raya 5 Mei lalu.

Dalam perkembangan lain, Hadi ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa kegagalan pakatan pembangkang mempertahankan Kedah disebabkan kelemahan PAS, berkata parti itu akan membuat analisis terlebih dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Thursday, 9 May 2013

PERHIMPUNAN HARAM PR DI STADIUM KELANA JAYA: PDRM BUKA KERTAS SIASATAN #TolakPR



1. Pihak polis akan memanggil penganjur perhimpunan yang dijalankan di Stadium Kelana Jaya semalam.

2. Ia berikutan notis yang singkat diberikan pihak penganjur kepada pihak polis tidak mengikut kehendak sepertimana yang ditetapkan di bawah seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dimana pihak penganjur perlu menghantar notis kepada pihak polis 10 hari daripada tarikh perhimpunan yang hendak dijalankan.

3. Dalam sidang media Ketua Polis Selangor pada hari ini telah mengulas lanjut tindakan pihak penganjur mengadakan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya sehingga menimbulkan rungutan serta aduan dari pengguna jalan raya dan masyarakat setempat pada malam semalam.

4. DCP Dato’ Hj Tun Hisan berkata pihak polis menerima notis daripada pihak penganjur sekitar 12.20 tengah hari namun pihaknya telah menyarankan kepada penganjur supaya perhimpunan tersebut ditunda pada tarikh yang lain supaya nampak adil kepada masyarakat setempat dimana pihak polis dapat memaklumkan kepada mereka berkaitan perhimpunan yang hendak diadakan.

5. Walaubagaimanapun,ada kumpulan-kumpulan tertentu meneruskan perhimpunan tersebut sehingga melanggar undang-undang dibawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

6. Ekoran daripada perhimpunan tersebut telah menyebabkan kegusaran masyarakat dan kesesakan lalu lintas di beberapa tempat sekitar Kelana Jaya dan lebuh raya yang menuju ke stadium.

7. Perkara ini berlaku akibat kedegilan pihak penganjur meneruskan perhimpunan berkenaan. Sekiranya notis disampaikan awal, pihak polis akan memberikan nasihat yang sewajarnya berdasarkan kapasti stadium dan kedudukan tempat letak kereta yang boleh menampung peserta perhimpunan.

8. Dalam pada itu, pihak polis telah mengenal pasti beberapa kesalahan yang dilakukan dalam perhimpunan antaranya seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dimana ucapan-ucapan yang berbaur hasutan dimana seramai 28 orang penceramah telah dikenal pasti melakukan kesalahan dibawah seksyen yang dinyatakan. Selain itu, seksyen 124 B Kanun Keseksaan iaitu aktiviti yang memudaratkan domokrasi berparlimen dimana boleh dihukum dengan penjara selama 20 tahun.



Sumber: Polis Selangor


RMK: Padan muka puak-puak ni. Buat kacau saja. Harap akan ada tangkapan. Baru dorang tau langit tinggi rendah. Dari awal dah jangka dorang akan buat kacau. Sebab itu je cara yang dorang tahu. Kesian.



Panas! Azmin, Zuraida Letak Jawatan Jika Khalid Gagap Kekal Sebagai MB #TolakPR



Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.

“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.

Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.

Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.

Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.

Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.

Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.

Pemilihan bagaimanapun akan ditetapkan oleh pucuk pimpinan pakatan pembangkang.-AntaraPos

Kah Kah Kah! Buruknya rupa... Azmin Ali merajuk tak dapat jadi MB!!!!

Untuk pengetahuan U oalls... DAP tak nak Azmin jadi MB manakala sumber Istana dikatakan lebih berpihak kepada calon PAS sebagai MB Selangor. Sehingga kini Anwar masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.... 

Sepatutnya rakyat didahulukan bukan pangkat yang diutamakan! Inilah dasar perangai orang yang tamakkan kuasa!!



MB Selangor: PAS Ugut Keluar PR Jika Wakilnya Tidak Dilantik #TolakPR



Siapa yang akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor sehingga kini terus menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi selepas Pengerusi PR Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu.

Kenyataan bekas MB Selangor itu memberi satu makna jelas mengenai ketidaksepakatan yang sedang dihadapi PR tika ini dalam menentukan calon yang sesuai untuk jawatan MB selain mengesahkan berlakunya perebutan jawatan itu sesama rakan sepakatan.

Tika ini perebutan jawatan itu berkisar antara PKR sesama PKR melibatkan Khalid dan Azmin Ali, di masa yang sama PAS pula menuntut hak ke atas jawatan MB berasaskan kelebihan yang mereka miliki berbanding PKR.

Dari segi kedudukan, Khalid kelihatan mempunyai peluang untuk mengekalkan jawatan tersebut sekiranya mendapat sokongan Azmin, bagaimana pun realiti yang berlaku tidak semudah itu kerana Azmin juga agak kemaruk untuk merasai keempukan kerusi MB Selangor.

Dalam PRU-13 yang baru berlalu, PR berjaya meraih kemenangan di 44 kerusi DUN dari 56 yang dipertandingkan di mana 15 dimenangi oleh PAS, diikuti DAP 15 sementara PKR pula hanya berjaya mempertahankan 14 kerusi DUN. Manakala BN pula hanya menang di 12 kerusi DUN.

Dari konteks ini jelas sekali, jawatan MB lebih layak disandang oleh pemimpin PAS. Tambahan pula PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana semua 15 wakilnya adalah Melayu Islam berbanding PKR yang hanya 9 orang sahaja terdiri dari pemimpin Melayu Islam.

Pun begitu, DAP selaku regu utama PKR tentu sahaja tidak akan membiarkan jawatan MB jatuh ke tangan PAS kecualilah terdapat seorang calon dari PAS yang mudah dicucuk hidungnya sama seperti bekas MB Perak, Nizar Jalamaluddin barulah mereka akan menerimanya dan memberi sokongan padu. 

Berikutan polemik yang berlaku, sudah ada ura-ura di kalangan pemimpin PAS Selangor mengugut untuk menarik diri dari PR seandainya wakilnya tidak dilantik sebagai MB. Jika itu menjadi kenyataan, maka baik Khalid mahu pun Azmin Ali akan gigit jari sendiri.

Menyedari keributan yang berlaku mungkin memudaratkan PR maka Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali segera memberi jaminan PAS tidak akan menuntut jawatan tersebut dari PKR meskipun di masa yang sama gerakan sulit untuk memastikan jawatan MB dimiliki wakil PAS terus berjalan.

Apa yang pasti, keributan yang berlaku di Selangor sekarang ini tidak hanya akan menguji sejauh mana kesepakatan PR, ia juga akan menjadi tanda aras untuk PAS Selangor dalam menonjolkan kepentingan mereka dalam menentukan percaturan politik negeri terkaya di Malaysia ini.