KLANG - Lebih 200 rumah di tiga kampung iaitu Sri Nadi, Johan Setia dan Kampung SC di sini dinaiki air hampir semeter buat kali kedua bulan ini akibat banjir kilat selepas hujan lebat lebih enam jam.
Sebahagian besar mangsa gagal menyelamatkan harta benda selepas air mula memasuki rumah mereka pada 6 petang.
Seorang penduduk di Jalan Langat, Kampung Johan Setia, Jamaludin Abdullah, 34, berkata banjir kilat itu, dikatakan antara terburuk tahun ini, mungkin berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat kerana tidak diselenggara dan keadaan diburukkan lagi apabila sebahagian besar kediaman berada di kawasan rendah.
"Saya meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Klang mendalamkan lagi sistem perparitan bagi mengelak banjir yang lebih buruk.
"Sistem perparitan di projek perumahan baru berdekatan Kampung Johan Setia tidak ditebuk untuk membenarkan pengaliran air keluar lalu menyebabkan banjir," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Pada 18 Okt lepas, lebih 300 rumah di tiga kampung berkenaan dinaiki air hampir semeter akibat banjir kilat selepas hujan lebat lebih lima jam.- Bernama























Kredit kepada Afiqkltown



Lagi kupasan [di sini]


*RakyatMerahKuning: Banyak betul kes banjir kebelakangan ni. Tahun ni saja dah ada lsekurang-kurangnya lima kes besar [rujuk sini]. Pemimpin Pakatan, apa respon korang??