Showing posts with label Selamatkan Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selamatkan Selangor. Show all posts

Thursday 24 May 2012

Terima Kasih The Star Kerana Mendedahkan Nama-Nama Pelik Pengundi


Jika The Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah. Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti ‘main-main’ atau rekaan.  Antaranya, ‘S’, ‘Atas Jalan’, ‘Tepi Jalan’, ‘Machine Gun’, ‘Boeing’, ‘Elvis Presley’ dan macam-macam lagi.   

Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah. Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama.  Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah.      

Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka. Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka.  

Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini. Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih.  

Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali. Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama. Selain itu, dengan meletakkan status sebagai ‘senarai meragukan’ tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah.  

Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan.  Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi?  

Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud? Hakikat yang perlu pembangkang terima ialah SPR telah melakukan yang terbaik dan sekiranya pembangkang kalah lagi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah kerana rakyat semakin muak dengan lakonan keterlaluan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menyampah dengan BERSIH.  

Jika pembangkang ingin menang pilihanraya, sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi atau menuduh polis, SPR dan kerajaan itu dan ini. Apa yang mereka perlu lakukan ialah tunjukkan kematangan, bekerja dengan sopan dan cakaplah serupa bikin.  Sebaliknya, sikap pembangkang terhadap SPR dan kerajaan telah menjauhkan lagi rakyat dari mereka. Justeru, walaupun senarai undi dapat dibersihkan seratus-peratus kita tidak yakin yang mereka akan mampu menang pilihanraya.  

Sumber: The Star

Friday 11 May 2012

Gambar-Gambar Sekitar Perhimpunan Ulangtahun UMNO ke-66

Sungguh aman.
Sungguh teratur.
Sungguh bertamadun.

Tak macam Pakatan Pengotor!







Hidup UMNO!

Hidup Malaysia!

Selamat Ulangtahun UMNO ke-66 Tahun!

Selamat Ulangtahun UMNO ke-66 Tahun!





Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia!

Thursday 10 May 2012

PAS: Hudud & Negara Islam BUKAN Agenda Pakatan Rakyat

Dulu ada satu parti tu...

Mengaku mereka yang paling Islam....

Siapa tak sokong mereka dianggap kafir...

"Kami memperjuang Negara Islam dan Hudud", kata mereka....

Bila dah dapat kuasa?






inilah hakikatnya sebuah parti yang KONONNYA memperjuang Islam, mengaku diri sebagai ulama, berjanji nak tutup kilang arak, nak tubuhkan Negara Islam, nak laksanakan hudud, etc etc.

Tepuk dada, tanya selera.

Selamatkan Selangor!

Thursday 12 April 2012

Azmin Ali Biadap Semasa Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong


Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. 
Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975. 
Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. 
Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.
Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan. 
Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana. 
Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing. 
Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya. 
Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya. 
Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini. 
Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia. 
Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya. 
Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini. 
Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan. 
Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan. 
Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM. 
Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri. 
Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong. 
Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua. 
Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“. 
Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka. 
Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga. 
Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan. 
Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini. 
Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram. 
Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji. 
Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara. 
Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.
Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku. 
Daulat Tuanku. 
Sumber: AIDC 

Perkara ini langsung tidak memeranjatkan. Memang dah lama diketahui Puak-puak PKR PAS DAP memang keturunan derhaka kepada raja-raja Melayu. Rancangan mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik memang dah diketahui ramai.

Ayuh rakyat Selangor, bersama kita bangkit dan tentang niat jahat mereka!

Selamatkan Selangor!

Friday 6 April 2012

PKR + PAS + DAP = Kerajaan Sampah

Setelah 3 tahun di Selangor....


 

 

 


Kerajaan PKR + PAS + DAP hanya melonggok sampah. Kalau hal sebegini pun tak dapat nak diuruskan, macamana nak mentadbir negara?

Yang pasti, mereka memang paling pakar bila menuding jari!

Thursday 5 April 2012

Pencapaian BN Selepas 3 Tahun

*Klik pada gambar untuk saiz lebih besar.


Apa yang Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib dah buat?

  1. Klinik 1 Malaysia.
  2. Kedai rakyat 1 Malaysia.
  3. Skim Perumahan 1 Malaysia.
  4. Amanah Saham 1 Malaysia.
  5. Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
  6. Baucar Buku 1 Malaysia.
  7. Dan banyak lagi bantuan dan kemudahan demi rakyat Malaysia...

Apa yang PAS PKR DAP buat?
  1. Anjurkan perhimpunan haram.
  2. Sokong program seks bebas Seksualiti Merdeka.
  3. Ketepikan isu murtad.
  4. Bina lebih banyak gereja dan kuil.
  5. Luluskan lambakan rumah urut.
  6. Amalkan politik gangsterisme.
  7. Menipu rakyat.
  8. Amalkan ungkapan "Konspirasi UMNO" bila kantoi.
  9. Dan beribu lagi penipuan dan kezaliman terhadap rakyat Malaysia.

Bukti dah ada, jelas dan nyata.

Ayuh Selamatkan Selangor!

Tolak PAS PKR DAP!

Tuesday 3 April 2012

Tahniah PAS, Sebuah Gereja Di Kawasan Majoriti Melayu Islam



Penduduk Bandar Puncak Alam yang terletak di Kawasan Parlimen Kuala Selangor (Dr.Zulkifly Ahmad - PAS) yang mempunyai lebih 95% penduduk Melayu, tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan sebuah mini Gereja (Chapel)  berhampiran dengan kawasan mereka.  Lokasi gereja berkenaan adalah di Jalan PPAJ 1/1, Bandar Puncak Alam. 

Apakah tujuan gereja ini dibina? 

Siapa pula yang membenarkan gereja tersebut beroperasi di kawasan majoriti Melayu Islam? 

Motif mereka cukup jelas, apabila tertulis perkataan "Pembaktian Dalam Bahasa Malaysia" menerangkan siapakah golongan sasaran doktrin Kristianisasi ini. Pembaktian bermaksud ibadah, atau upacara, atau khutbah. Ia juga berhubung kait dengan upacara pembaptisan. Bahasa mudahnya, proses kristianisasi. Menyelusuri peristiwa "bersejarah" di dalam kawasan yang dikelilingi dengan majoriti Melayu ini, apakah ia dibangunkan berdasarkan kenyataan sokongan Ahli Parlimen Kuala Selangor terhadap pluralisme agama? 

Tentunya gerakan ini secara strategiknya melihat kebarangkalian penerimaan dari kuasa politik, dan sokongan PAS serta YB Dzul Ahmad terhadap penggunaaan kalimah Allah menyerlahkan lagi kemungkinan ini yang akhirnya menjadi kenyataaan. Hubungan haram di antara PAS dan Ambiga semakin menunjukkan perubahan yang "menarik" di perjalanan politik PAS. Gereja yang menggunakan bahasa Melayu kini sudah ada di Kuala Selangor atau lebih tepat, di kawasan kejiranan orang Melayu beragama Islam.

Ambiga adalah pejuang murtad tersohor, dengan kes murtad Lina Joy sebagai tapak perjuangannya yang kemudian membuat tuntutan melampau terhadap Islam melalui gerakan IFC. PAS pula bersekongkol dengan Ambiga. Lebih menarik, rakyat dihidangkan dengan kenyataan bahawa dari YB Dr Dzul Ahmad bahawa PAS sudi menerima bukan Islam untuk mengisi Timbalan Presiden. 

Cakap-cakap politik "mencalonkan" Ambiga sebagai sekutu yang paling layak. Pendedahan gerakan murtad oleh Hasan Ali dianggap "perkara kecil berbanding banyak lagi perkara besar" oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani Osman. Maka, tidaklah menjadi satu masalah untuk Gereja ini wujud di kawasan kejiranan 95% Melayu Islam. Kebetulan, lokasi gereja berbahasa Melayu ini berjiran dengan DUN Meru. Wallahuallam!

Dikhabarkan 'khutbah' mereka akan dibuat dalam bahasa Malayu. Inilah jasa terbesar YB Zulkifly Ahmad, salah seorang daripada golongan pluralisme agama Anwarista, selama 4 tahun menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor. Masa menang hari tu pun dia 'berkhutbah' di dalam gereja di Kuala Selangor. Elok sangatlah waktu nak kalah dalam PRU13 ini beliau memberikan 'khutbah' yang terakhir.. sebelum berambus.
Sumber: Ocean's 13.


Tahniah PAS. Inilah parti yang mendabik dada kononnya memperjuang Islam. Apa yang kita nampak hasil "perjuangan" PAS ialah pertambahan jumlah Gereja dan pertambahan jumlah umat Islam yang murtad. 

Tolak PAS! Tolak DAP! Tolak PKR!

Selamatkan Selangor!

Monday 2 April 2012

Parti ISLAM Se-Malaysia: "Video Murtad Tak Penting"





Astagfirullah....

Apa dah jadi dengan PAS? Parti memperjuang Islam KONONNYA. Tapi bila ada kes murtad, terus kata tak penting!

Ini ke golongan yang mengaku ulama?

Ini ke golongan yang berangan nak tubuhkan negara Islam? Eh silap, negara KEBAJIKAN. Maklumlah, DAP kan tak setuju negara Islam. PAS macam biasa melutut ikut telunjuk DAP.

Nampaknya, memang benar kata-kata Dr Hasan Ali yang PAS kini dah penuh dengan parasit-parasit yang lebih utamakan kuasa. Demi kuasa apa jua boleh digadai, termasuklah akidah dan kesucian agama Islam.


Menurut KLPOS:

DAMANSARA 2 April - Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mengecam tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abdul Rani Osman yang mengambil pendirian tidak menghantar sebarang wakil Parti tersebut di peringkat Negeri untuk menonton Video yang mengesahkan berlakunya gejala murtad seperti yang didakwanya itu.

Hasan Ali menjelaskan, beliau kesal dengan kenyataan Dr. Rani yang tidak mahu melayan isu yang beliau bangkitkan akan tetapi menganggap lebih banyak isu yang lebih penting untuk diketengahkan di Negeri ini seperti soal Rasuah.

Beliau mendakwa isu Murtad merupakan soal Akidah yang tidak boleh ditolak ansur dan setiap Pemimpin Islam apatah lagi yang lahir dari PAS seperti Dr. Rani wajib memastikan isu ini dijadikan masalah utama dalam membangunkan sesebuah Negara.

Video yang telah dirakamkan itu telah dipertontonkan beberapa wakil wartawan yang hadir ke rumahnya di sini sebentar tadi menampilkan beberapa bukti dan pengakuan unsur gejala murtad sedang berleluasa di Negara ini terutamanya di Selangor.

Dr. Rani sebelum ini menjelaskan PAS Selangor tidak akan melayan pelawaan Hasan Ali untuk hadir menonton video berkaitan bukti isu tersebut kerana menganggap ianya tidak releven dibangkitkan bekas Exco Selangor itu.

“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting." katanya kepada wartawan Sinar Harian berkenaan hal tersebut.

Turut menolak jemputan Hasan Ali termasuklah dari pihak PKR Selangor menerusi kenyataan Shuhaimi Shafiei yang mendakwa pimpinan Negeri tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu.

Sudah lah PAS! Isu kecil kepala hotak korang! 

Bila libatkan akidah dan agama, mana pendirian? Apa guna serban berlilit kat kepala kalau akidah pun nak kompromi. 

Agaknya kalau Pakatan pembangkang dapat kuasa nanti, murtad dihalalkan? PAS pun menikus je.


Nauzubillah!

Friday 30 March 2012

Selamatkan Selangor!


Stop calling them Pakatan Rakyat
I'm a rakyat & I don't pakat with them
All they ever do is membangkang
Call them Pakatan Pembangkang!


Ayuh kita bangkit & Selamatkan Selangor!