Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Thursday 9 May 2013

MB Selangor: PAS Ugut Keluar PR Jika Wakilnya Tidak Dilantik #TolakPR



Siapa yang akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor sehingga kini terus menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi selepas Pengerusi PR Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu.

Kenyataan bekas MB Selangor itu memberi satu makna jelas mengenai ketidaksepakatan yang sedang dihadapi PR tika ini dalam menentukan calon yang sesuai untuk jawatan MB selain mengesahkan berlakunya perebutan jawatan itu sesama rakan sepakatan.

Tika ini perebutan jawatan itu berkisar antara PKR sesama PKR melibatkan Khalid dan Azmin Ali, di masa yang sama PAS pula menuntut hak ke atas jawatan MB berasaskan kelebihan yang mereka miliki berbanding PKR.

Dari segi kedudukan, Khalid kelihatan mempunyai peluang untuk mengekalkan jawatan tersebut sekiranya mendapat sokongan Azmin, bagaimana pun realiti yang berlaku tidak semudah itu kerana Azmin juga agak kemaruk untuk merasai keempukan kerusi MB Selangor.

Dalam PRU-13 yang baru berlalu, PR berjaya meraih kemenangan di 44 kerusi DUN dari 56 yang dipertandingkan di mana 15 dimenangi oleh PAS, diikuti DAP 15 sementara PKR pula hanya berjaya mempertahankan 14 kerusi DUN. Manakala BN pula hanya menang di 12 kerusi DUN.

Dari konteks ini jelas sekali, jawatan MB lebih layak disandang oleh pemimpin PAS. Tambahan pula PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana semua 15 wakilnya adalah Melayu Islam berbanding PKR yang hanya 9 orang sahaja terdiri dari pemimpin Melayu Islam.

Pun begitu, DAP selaku regu utama PKR tentu sahaja tidak akan membiarkan jawatan MB jatuh ke tangan PAS kecualilah terdapat seorang calon dari PAS yang mudah dicucuk hidungnya sama seperti bekas MB Perak, Nizar Jalamaluddin barulah mereka akan menerimanya dan memberi sokongan padu. 

Berikutan polemik yang berlaku, sudah ada ura-ura di kalangan pemimpin PAS Selangor mengugut untuk menarik diri dari PR seandainya wakilnya tidak dilantik sebagai MB. Jika itu menjadi kenyataan, maka baik Khalid mahu pun Azmin Ali akan gigit jari sendiri.

Menyedari keributan yang berlaku mungkin memudaratkan PR maka Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali segera memberi jaminan PAS tidak akan menuntut jawatan tersebut dari PKR meskipun di masa yang sama gerakan sulit untuk memastikan jawatan MB dimiliki wakil PAS terus berjalan.

Apa yang pasti, keributan yang berlaku di Selangor sekarang ini tidak hanya akan menguji sejauh mana kesepakatan PR, ia juga akan menjadi tanda aras untuk PAS Selangor dalam menonjolkan kepentingan mereka dalam menentukan percaturan politik negeri terkaya di Malaysia ini.


Tuesday 16 April 2013

BN ADA CALON SETARAF UNTUK MENENTANG KHALID IBRAHIM DI PELABUHAN KLANG #PRU13 #GE13 #BetterNation

Berikut merupakan keratan dari Sinar Harian pagi ini:




Di atas adalah kenyataan bongkak dari Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim mahu calon BN yang menentangnya berkedudukan setaraf dengan beliau. Persoalannya, mengapa beliau lari dari DUN Ijok yang dimenanginya dalam PRU12 2008? Adakah pengundi Ijok sudah menolak MB Selangor sehingga beliau terpaksa mencari 'kawasan selamat'? Mungkin Khalid Ibrahim telah meninggalkan 1001 masalah kepada penduduk Ijok sehingga menyebabkan beliau perlu mencari kawasan baru. Kemudian, berani pula beliau mengatakan dengan angkuh bahawa calon yang akan menentangnya kelak mesti setaraf.

Apa maksud setaraf? Tiada guna mempunyai ijazah yang berjela-jela tetapi isu air, isu pasir dan isu sampah pun tidak terurus. Itu belum masuk bab murtad dan isu kalimah Allah. Fikirkan sejenak.

Mari kita lihat pula calon BN yang bakal bertanding menentang Khalid Ibrahim untuk mengetahui sama ada beliau 'setaraf' dengan Khalid atau tidak.

Tuan Haji Nasarruddin bin Dato' M Zin adalah anak kelahiran Pelabuhan Klang. Beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Klang dan mendapat pendidikan tertinggi di California State University, Amerika Syarikat dalam jurusan pentadbiran perniagaan.




Maka kita akan lihat pertembungan antara buku dengan ruas. Harus diingat belum ada dalam sejarah politik Malaysia seorang Menteri Besar lari dari kawasan asalnya dan mencari kawasan baru kecuali kawasan baru itu hasil daripada persempadanan semula.

Entah apa pula muslihat si Khalid Ibrahim ini.

Monday 15 April 2013

KHALID IBRAHIM MELARIKAN DIRI KE PELABUHAN KLANG APABILA DITOLAK OLEH PENDUDUK IJOK #TolakPR #GE #PRU13

Sumber

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum kali ini.


Perkara itu dinyatakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu ceramah pakatan pembangkang di padang bola sepak AU2 Keramat, di sini malam tadi.

Anwar berkata, kerusi DUN Ijok yang disandang Abdul Khalid akan ditandingi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr. Idris Ahmad.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan kerusi Parlimen Gombak manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Ampang.

Naib Presiden parti, R. Sivarasa pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Subang, sementara dua muka baharu iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Abdul Aziz Bari masing-masing akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan dan Sabak Bernam.

Menurut Anwar kerusi DUN Kota Damansara kekal ditandingi calon daripada Parti Sosialis Malaysia. - BERNAMA


RMK: Khalid Ibrahim sampai terpaksa lari bertanding di DUN lain? Terimalah kenyataan wahai pakatan Selangor. Rakyat semakin menolak kamu. 'Ini adalah politik,' katanya. Patutlah berani tabur manifesto merata, sebenarnya tak berniat untuk laksanakan pun. Al-maklumlah,


Wednesday 10 April 2013

KHALID IBRAHIM MAHU SAMBUNG TIPU RAKYAT SELANGOR PENGGAL KEDUA




SHAH ALAM - Lima tahun mentadbir Selangor, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap diberikan satu lagi peluang untuk meneruskan kecemerlangan pemerintahannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, Khalid mahu rakyat memberikan tempoh sekurang-kurangnya satu penggal lagi supaya beliau boleh melaksanakan pemberian saham air kepada rakyat di negeri ini. - Sinar Harian

Selanjutnya [di sini].



Khalid, Khalid, Khalid.

Rakyat dah tak percayakan kamu. Tahukah kamu banyak lagi janji manismu yang tak tertunai di Selangor ni?


Sumber



Sedangkan janji PRU12 2008 pun tak tertunai. Bagi kami sebab kenapa perlu pilih kamu dan parti kamu dalam PRU ni?



Saturday 6 April 2013

Panas! VIDEO GONCANG YANG MEMALUKAN KHALID IBRAHIM TERSEBAR!



MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah pun mendapatkan perkenan Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 4 April 2013.

Apakah Khalid berpeluang untuk mempertahankan kerusi MB Selangor untuk penggal yang berikutnya?

Kini telah mula tersebar video goncang yang amat memalukan Khalid Ibrahim.

Malu berganda untuk Khalid, video tersebut ditaja oleh sebuah syarikat yang Kerajaan Negeri Selangor sendiri punya pegangan 30% saham di dalamnya.




RMK: Kerajaan Selangor dalang penipuan terbesar terhadap rakyat negeri ini.

Friday 5 April 2013

Rasuah Rakyat?: Kerajaan Selangor Jilat Ludah Sendiri!

Puak-puak pakatan ni memang double standard!



Bila PM Najib bagi BR1M, mereka kata itu rasuah kepada rakyat untuk pancing undi. Tapi bila Khalid Ibrahim pula bagi RM300 untuk kakitangan kerajaan negeri, dia kata 'penghargaan'.

Lawak pulak RMK dengar.


Oi Khalid, tunaikan dulu janji-janji kau nak buat itu ini kat Selangor ni.


Oh, lupa.


Thursday 4 April 2013

[Video] Eksklusif! Anggota PKR Buat Laporan SPRM Terhadap MB Selangor @Khalid_Ibrahim Seleweng Kuasa dan Wang Parti!


PUTRAJAYA, 4 April  - Sekumpulan 15 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kekeliruan penyata kewangan mesyuarat agung tahunan (2010) PKR cawangan itu, di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Seorang daripada mereka, Airos Shahidin Manap, 45, berkata mereka mengesyaki berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam penyata kewangan itu sehingga Abdul Khalid gagal menjelaskan isu itu sehingga hari ini.
“Kami telah memberi masa selama enam bulan kepada beliau untuk menjelaskan isu tersebut tetapi sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang penjelasan atau jawapan.
“Kami syaki berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam penyediaan penyata kewangan itu. Sebagai ahli kami rasa ada hak dan kuasa untuk menegur kelemahan beliau dan memperbetulkan suasana yang tak betul,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu.
Airos mendakwa penyata kewangan itu mengelirukan kerana banyak yang tidak disokong dengan resit, selain perbelanjaan tahun 2009 turut dimasukkan dalam kira-kira tahun 2010 yang semuanya tercatat dalam buku mesyuarat agung tahunan yang diedarkan kepada 243 ahli yang hadir.
“Malah penyata kewangan itu tidak ditandatangani oleh juruaudit, sebaliknya dua ahli jawatankuasa didapati bertindak sebagai pemeriksa kira-kira yang tidak sah yang dilihat sebagai satu percubaan penyalahgunaan kuasa,” katanya. - Umno-online

\
Penyelewengan demi penyelewengan telah terbongkar oleh pihak dari dalam parti PKR sendiri. Kali ini melibatkan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim yang dikatakan telah menyalahguna kuasa dan wang dari dalam cabang PKR Kuala Selangor. Ahli PKR yang berjuang berhabis-habisan demi parti sangat kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR yang menghina dan menidakkan perjuangan mereka.


Kredit: Lensa Kini

RMK: Alahai Khalid. Dah tau nak kalah ke dalam PRU13 ni? Sebelum kalah songlap duit dulu, tak gitu? Kih kih kih..

RM 3 Juta Geran Selangorku Dikeluarkan untuk Projek yang Tidak Dilaksanakan #PRU13 #GE13


Selain daripada menerima dana asing negeri Selangor dan Pulau Pinang juga diminta menyediakan dana yang mengcukupi untuk bekalan DAP, PKR dan PAS bagi menghadapi PRU ke 13. Ini kerana kedua-dua negeri berkenaan mempunyai hasil yang lebih berbanding Kedah dan Kelantan.
Di Selangor selain hasil daripada kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut yang hasilnya diuruskan oleh Ronnie Liu, lombong pasir turut menjadi penyumbang utama kepada dana pilihan raya mereka. Tidak ketinggalan juga kaedah round tripping penyelesaian hutang Talam yang dilakukan Khalid Ibrahim. Kemudian hasil berkenaan diletak nama Geran Selangorku untuk mengaburi mata rakyat.
klang_gate_02Dana Geran Selangorku yang berjumlah RM 300 juta dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar dan tidak melalui Pegawai Kewangan Negeri. Segala keputusan ditentukan oleh Khalid Ibrahim seorang diri. Di sini pun sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran berkenaan. Tidak lain tidak bukan ianya untuk dana politik mereka.
Untuk menghalalkan kegiatan mereka rakyat dikelirukan dengan kerja-kerja penurapan jalan atau kerja-kerja kecil lain di setiap Dun untuk menunjukkan mereka benar-benar menggunakan dana berkenaan untuk rakyat. Namun ada perkara yang rakyat tidak tahu apa yang berlaku di sebalik geran berkenaan, dan wangnya digunakan untuk apa.
Hari ini kami di sel13.com akan mendedahkan salah satu kaedah yang mereka gunakan bagaimana wang berkenaan boleh menjadi dana politik mereka.
Tahun 2012 sebuah syarikat, Rozz Niaga Enterprise telah menghantar satu kertas kerja projek yang bertajuk REMAJA UNGGUL NEGERI SELANGOR. Motif projek berkenaan adalah melatih remaja-remaja negeri Selangor mengenali potensi diri dan memantapkan mereka agar dapat bersaing dalam arus cabaran masa kini. Selain daripada itu program berkenaan dirangka khusus untuk melengkapkan dan menggerakkan penyertaan remaja untuk menilai kemampuan diri serta menetapkan hala tuju masing-masing bagi melahirkan insan yang berkualiti.
Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan, projek ini didapati cuba menerapkan idealogi pembangkang kepada pelajar sekolah. Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar tingkatan 3-5 seluruh Selangor dengan kapasiti 80 pelajar bagi setiap siri.
Projek berkenaan dijalankan secara usahasama antara syarikat berkenaan dengan Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor. Projek berkenaan diadakan di setiap Dun di negeri Selangor yang berjumlah 56 Dun. Setiap Dun diberi peruntukkan RM 60,400.00 untuk program berkenaan. Untuk 56 Dun jumlah projek ini bernilai RM 3’382’400.00.
Projek berkenaan sepatutnya bermula pada Mei 2012. Malangnya walaupun telah hampir setahun berlalu sehingga kini projek berkenaan belum berjalan, tetapi wang peruntukkannya telah dikeluarkan.
Mengikut maklumat yang kami terima wang berkenaan telah disalurkan kepada pihak-pihak tertentu untuk dana pilihan raya mereka. Inilah kaedah mencairkan wang yang dilakukan Khalid Ibrahim untuk menghalalkan wang tersebut melalui projek yang hanya on paper sahaja tetapi tidak dilaksanakan.
Itulah sebabnya Geran Selangorku dikawal sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar tanpa membabitkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Supaya senang untuk mereka melakukan kerja-kerja menyebat.
IMG_1162
IMG_1160
IMG_1161

Wednesday 3 April 2013

MENJELANG PEMBUBARAN, KHALID IBRAHIM BERALIH ARAH!



Dalam pengumuman pembubaran parlimen siang tadi, PM Najib tersilap sebut tarikh pembubaran. Beliau yang sepatutnya menyebut '3 April 2013' secara tidak sengaja menyebut '3 April 2012'. 





Benar, kesilapan tersebut memang berlaku. Kemudian apa lagi, machai-machai pembangkang yang sudah tiada modal untuk berhujah pun mengambil kesempatan atas kesilapan kecil PM itu untuk spin perkara ini dan mengeluarkan kata-kata kesat untuk memburukkan PM Najib di blog dan laman sosial mereka. 

Namun, Tuhan itu Maha Adil. Apa kata machai terhadap video ini pula?



Memang best. Padan muka machai. Tu laa, jangan kutuk-kutuk. Nanti jadi balik pada kamu.


Parlimen Bubar Hari Ini, UPACARA PEMBUBARAN DEWAN NEGERI SELANGOR ESOK



Peperangan bermula.


Monday 1 April 2013

Video Troll untuk @Khalid_Ibrahim #TolakPR





Berkenaan dengan krisis air Selangor. Sila dengarkan lirik lagu ini dan anda akan faham situasi krisis air di Selangor.





[Sumber]

Tuesday 19 March 2013

TERKINI! PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP DATUM JELATEK KEPADA MB SELANGOR DAN SULTAN SELANGOR DI SHAH ALAM


Susulan daripada entri RMK sebelum ini [baca sini], satu demonstrasi aman telah diadakan di hadapan Dataran Shah Alam bermula 3.00 petang tadi oleh Barisan Bertindak Datum Jelatek yang terdiri daripada beberapa NGO. Demostrasi ini adalah sebagai tanda protes terhadap projek pangsapuri mewah Datum Jelatek. Seramai kira-kira 200 yang hadir daripada Perkasa, Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Waris Malaya, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (NGO India) dan beberapa NGO lain. Turut hadir adalah Dato' Ismail Kijo (Ketua UMNO Bahagian Ampang), Aziz Hj Deros (Timbalan UMNO Bahagian Ampang), dan Abu Bakar Yahya (YDP Perkasa Selangor). 

Sekitar 3.20 petang, kumpulan ini berarak dari Dataran Shah Alam ke Bangunan SUK untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor. Memorandum telah diterima oleh Pn Norzaton Aini Mohd Kassim, Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor.




Salleh Ahmad, Pengerusi Barisan Bertindak Datum Jelatek (tengah) 




Muka hadapan memorandum bantahan tersebut

Kira-kira jam 3.40 petang kumpulan ini kemudiannya berarak menuju ke Istana Kayangan untuk menyerahkan memorandum sama kepada DYMM Sultan Selangor.




Kumpulan ini bersurai sekitar 4.30 petang tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Mari kita tunggu dan lihat macam mana kerajaan negeri selesaikan isu ni.

Kebangkitan Rakyat Keramat: BADAN BERTINDAK DATUM JELATEK SERAH MEMORANDUM BANTAHAN KE MB SELANGOR DI SUK HARI INI!



NGO Badan Bertindak Datum Jelatek akan menyerahkan memorandum bantahan terhadap projek Datum Jelatek ke Menteri Besar Selangor dan juga kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor hari ini.




Kenapa bantah Datum Jelatek??


KESAN PROJEK DATUM JELATEK KEPADA PENDUDUK DAN BANGSA MELAYU
  1. 1. DUA DARI EMPAT BLOK (A & C) BANGUNAN PANGSAPURI INI TELAH DIBELI OLEH PELABUR ASING SECARA PUKAL (EN-BLOCK). PENJUALAN TERSEBUT DIBUAT DI NEGARA JIRAN – BUKAN DI MALAYSIA. INI BERMAKNA 50% AKAN DIDUDUKI OLEH WARGA ASING.
MENGAPAKAH WARGA ASING DIBENARKAN MEMILIKI KEDIAMAN DI KAWASAN 100% MELAYU?
  1. 2. BAKI DUA BLOK LAGI DI BUKA KEPADA PENDUDUK DI MALAYSIA, 50% DIPERUNTUKAN KEPADA BUMIPUTRA DAN 50% LAGI KEPADA BUKAN BUMIPUTRA.
BUKANKAH KAWASAN TAMAN KERAMAT INI KAWASAN EKSKLUSIF UNTUK BANGSA MELAYU?
  1. 3. SATU UNIT BERHARGA DARI RM700,000 KEPADA RM11.5 JUTA. JELAS SEKALI TIDAK RAMAI MELAYU YANG MAMPU MEMILIKINYA.
ADAKAH INI STRATEGI UNTUK MENSISIHKAN BANGSA MELAYU DARI KAWASAN MELAYU?
  1. 4. KUOTA LOT BUMIPUTRA YANG DITETAPKAN ADALAH YANG TERMURAH, PALING KECIL DAN LOKASI PALING TIDAK STRATEGIK.
APAKAH INI BUKAN SATU PENGHINAAN UNTUK MEMPERLEKEHKAN KEMAMPUAN ORANG MELAYU?
  1. KELUASAN PEMBINAAN PANGSAPURI INI MELEBIHI KAWASAN YANG ADA SEKARANG DAN BERKEMUNGKINAN BEBERAPA UNIT RUMAH BERDEKATAN TERPAKSA DIROBOHKAN. JALAN ENGGANG TERPAKSA DILEBARKAN KEPADA EMPAT LORONG SEBAGAI SALAH SATU SYARAT KELULUSAN PROJEK DATUM JELATEK.
BUKANKAH LEBIH RAMAI ORANG MELAYU TERPAKSA DISISHKAN? ADAKAH PAMPASANNYA SETIMPAL?
APAKAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA?
SANGGUPKAH KITA HANYA MELIHAT KAWASAN & MARUAH KITA DICABULI SEBEGITU RUPA???
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.
BANGUN DAN BANGKITLAH WAHAI BANGSA KU……..

Dari:
BARISAN BERTINDAK DATUM JELATEK

Wednesday 20 February 2013

Tarikh Bubar DUN: MB Khalid Jilat Ludah Sendiri





Baru nak ada akai MB Selangor ni... Lain kali jangan nak buat lawak bangang, memalukan diri sendiri je... Taktik Khalid Gagap ni duk celah gigi je... tak sape nak layan lawak bangang Khalid... Haha siannya....

Ingat tak... temberang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 30 Januari lalu tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan diumumkan selepas sambutan Chap Goh Mei masyarakat Cina pada 25 Februari ini.

Jika betul itu bermakna pilihanraya DUN Selangor akan dibuat lebih awal dan berasingan dengan negeri-negeri lain.

Katanya langkah itu akan diambil jika pada waktu itu kerajaan pusat masih tidak umum apa-apa mengenai pembubaran Parlimen.

Ramai pemerhati politik menilai kenyataan itu hanya 'gempak saja' dalam cubaan untuk dorong Datuk Seri Najib Tun Razak tunduk kepada tekanannya.

Lebih memalukan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri tidak setuju nak ikut Selangor dan kata negeri pimpinanya itu akan ikut pengumuman Perdana Menteri nanti.

Akhir seperti diduga...Khalid terpaksa telan balik acahnya itu.

Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Shah Alam Selasa,beliau kata Kerajaan negeri Selangor akur supaya pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen.

Katanya perkara itu telahpun disepakati semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) daripada pakatan pembangkang.

"Kami setuju supaya tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kami tidak keberatan supaya pilihan raya negeri dilaksanakan serentak dengan pilihan raya Parlimen."

[Sumber]


RMK: Malu Khalid oii, malu! Kahkahkah!

Tuesday 19 February 2013

MB Selangor Terlalu Prihatin terhadap Rakyat!

MB, kalau nak berlakon prihatin pun agak-agak la. Melampau kurang ajar masuk rumah orang tak buka kasut! Mana adab kau?

Monday 4 February 2013

KHALID IBRAHIM DILEMPANG KALI KEDUA AKIBAT TAK TUNAI JANJI!




Alhamdullillah.... selepas tuntutan ibu tunggal .... hari nie sekali lagi kerajaan negeri Selangor mendapat tamparan kedua apabila mahkamah tingi Shah Alam hari ini memutuskan tuntutan rakyat menang peringkat pertama dan tolak permohonan batal oleh kerajaan negeri, jadi menurut Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato' Sohaimi Shahadan.... kes ini akan diteruskan. Satu kemenangan moral untuk rakyat Selangor yang dinafikan hak air percuma.....









RMK: Tahniah rakyat Selangor! Teruskan bagi pressure kat kerajaan negeri nih!

Thursday 13 December 2012

KHALID IBRAHIM SENTAP DAP AKUI PAKATAN RAKYAT GAGAL TADBIR SELANGOR




Ketika Pakatan Rakyat menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalinya sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.

Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.

Maka Pakatan Rakyat Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.

Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Rakyat muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.

Setelah hampir lima tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah 'harapan baru' yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.

Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.

Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter  individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.

Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.

Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor ang sudah berpindah milik.

Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini kata Teng, Pakatan Rakyat telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yang dahulunya dijanjikan.

Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah Pakatan Rakyat.

Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.

Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Rakyat akan mendapat markah yang corot dan gagal.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.

Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Pakatan Rakyat juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?

Begitu juga dengan ibu mengandung, adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang dijanjikan?

Sekiranya mampu bercakap, bayi-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas)?

Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak? 

Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?

Apakah untung nasib golongan emas dan ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.

Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu.

PRU 13 kini menjelang tiba dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.



*RMK: Well said. Rakyat Selangor, buka mata anda dan buat keputusan bijak dalam PRU13 nanti.