Tuesday 26 February 2013

GEMPAR! Calon Menteri Besar Selangor Baru dari DAP: ZAIRIL KHIR JOHARI @ CHRISTOPHER ROSS LIM!


MALAYSIA akan bertukar menjadi Negara REPUBLIK sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan kerajaan Pusat dari Barisan Nasional. 

Adakah ia kenyataan RETORIK atau REALITI?

[Sumber: DAP Insider]

Memperhalusi kenyataan yang tersirat iaitu DAP akan mencalonkan Zairil Khir Johari @ Christoper Ross Lim sebagai Menteri Besar Salangor sekiranya Pakatan Rakyat mengekalkan kuasanya jelas menterjemahkan 'grand design' DAP yang mahu menerapkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ iaitu setiap warganegara ini adalah sama rata.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 19 Februari 2012 yang menegaskan bahawa jawatan Perdana Menteri tidak semestinya orang Melayu dengan disambut kenyataan oleh Pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau pada 17 April 2012 iaitu jawatan Menteri Besar tidak semestinya orang Islam dilengkapi dengan kenyataan DAP bahawa Zairil akan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor mengesahkan ‘grand design’ DAP ke arah Negara Republik. 



Siapa Zairil? Seorang anak Cina yang diambil anak angkat oleh keluarga Melayu lalu di Islamkan dengan menukarkan nama dari Christopher Ross Lim kepada Zairil Khir Johari.

Adakah Zairil seorang Melayu?

TIDAK sama sekali. Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang Melayu di bawah Perkara 160 (2) iaitu orang Melayu mestilah menganut agama Islam, lazim bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat orang Melayu dan darah keturunan dari salah seorang ibu atau bapanya keturunan Melayu.

Adakah Zairil lengkap syarat berkenaan? TIDAK.

Zairil bukan berketurunan Melayu walaupun dibela oleh keluarga angkatnya orang Melayu. Ini bermakna Zairil adalah berketurunan Cina. Ini tidak akan sama sekali mengubah statusnya sebagai seorang Cina.

"...keangkuhan Lim Guan Eng yang begitu percaya bahawa DAP akan memenangi semua  kerusi mereka dalam PRU13 yang akan datang. Keyakinan itu bersandarkan kepada PRU12 yang lepas bahawa DAP akan berjaya mengekalkan kerusi mereka yang lalu iaitu 13 kerusi dan tambahan  3 kerusi DUN-  N6 Kuala Kubu Bharu, N56 Sungai Pelek and N46 Pelabuhan Klang, oleh itu mereka meramalkan jumlah kerusi DUN milik mereka dalah 16 kerusi. Manakala PKR pula diramal akan kehilangan 5 kerusi DUN. Ini bermakna kerusi PKR akan berkurangan  dari  14  ke  9 kerusi sahaja.  Guan Eng juga meramalkan PAS juga akan kehilangan  3 kerusi  dari  8 yang akan menyebabkan PAS hanya menang  5 kerusi DUN .

Bagi Guan Eng, pakatan haram akan terus meneraju Selangor dengan 30 kerusi  (DAP-16, PKR-9 and PAS-5) vs BN  yang hanya akan memenangi  26 kerusi.   

Oleh kerana bagi Guan Eng DAP yang mempunyai kerusi terbanyak maka mereka berhak dilantik sebagai Menteri Besar. Menurut mereka yang begitu angkuh ini, sekiranya PAS dan PKR(14) bergabung pun tidak mampu mengatasi bilangan kerusi DAP iaitu 16 DUN. 

Lim Guan Eng telah belajar dari pengalamannya yang lepas di Perak  apabila mereka terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar kepada PAS walaupun mereka telah memenangi kerusi terbanyak kerana syarat untuk menjadi Menteri Besar haruslah Melayu.  Kit Siang dan Guann Eng terlalu kecewa apabila  Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak.
3
Namun kali ini DAP telah bersedia, Guan Eng telah menyediakan calon Melayu DAP  di Selangor dengan hasrat untuk melantiknya sebagai Menteri Besar  apabila DAP memenangi kerusi terbanyak.  Zairil Khir Johari akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor  apabila DAP menang besar dan pakatan haram memerintah. 

Karpal Singh telah memberikan nasihat guamannya bahawa Zairil ialah seorang Melayu mengikut perlembagaan dan berhak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor mengikut Perlembagaan Negeri selangor. Oleh itu Zairil akan bertanding di kerusi  Bukit Gasing yang telah kosong berikutan dengan kematian  Edward Lee Poh Lin. Walaupun anak Edward, Simon Lee telah menjalankan tugas ayahnya dengan baik agar dapat bertanding dikerusi tersebut namun Guan Eng telah menetapkan akan meletakkan Zairil untuk bertanding di Bukit Gasing. 

DAP  mahu memonopoli  kekayaan dan pendapatan  Selangor dengan meletakkan Zairil  sebagai  MB kerana  Guan Eng boleh mengawal dan memanipulasi Zairildan memastikan akan mengikut katanya. Zairil Khir Johari merupakan anak emas  Lim Guan Eng .  Zairil sebenarnya dalam dilema dan kontroversi mengenai identitinya. Latarbelakangnya dipersoalkan. Dia menamakan dirinya Zairil Khir Johari bukan Zairil bin Khir Johari but Zairil Khir Johari. Ianya memberikan impak yang besar kerana perbezaan itu- Zairil Khir Johari bukan  Zairil BIN Khir Johari. 


Walaupun bekas naib presiden DAP  Tunku Aziz telah menuduh  Zairil bukan merupakan anak kepada  Khir Johari, iaitu pembantu politik kepada Ketua Menteri  Penang ,mereka tidak berani menyaman  Tunku Aziz untuk membersihkan nama Zairil. 

Zairil hanya mampu berkata bahawa dia tahu siapa bapanya. Banyak blog telah menyatakan bahawa  Zairil sebenarnya  Christopher Ross Lim yang dilahirkan  Hawaii dan bapanya merupakan  Howard Lim dari  Singapore. Ibu Zairil adalah  Christine Lim alias Rose Christine Lim Abdullah alias Christine Khir Johari.  Dia merupakan sekretari kepada arwah  Khir Johari. 

Zairil dilahirkan pada  17 Oct 1982 tetapi ibunya hanya berkahwin dengan  Khir Johari pada  February 1996 , oleh itu adalah mustahil Zairil itu anak kepada  Khir Johari  berdasarkan kiraan tarikh. Zairil @ Christopher Ross Lim merupakan anak kepada  Howard Lim seperti yang tercatit dalam surat beranak nya dari Hawaii atau adakah  Christine mempunyai hubungan sulit dengan  Khir Johari  dan melahirkan anak sewaktu dia masih berkahwin dengan Howard Lim dan apabila  Zairil dilahirkan maka dia telah didaftarkan sebagai anak kepada suaminya  Howard Lim.
Walaupun siapa bapa  Zairil, dia memiliki bapa anagkat yang amat berkuasal “godfather” iiaitu Lim Guan Eng yang akan memastikan Zairil  mempunyai masa depan yang cerah sebagai Menteri Besar Selangor." -kupasan dari SelangorDaily


Sekiranya Zairil dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, bermakna kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menjadi kenyataan.

Apabila ini berlaku, bermakna catatan sejarah terukir iaitu seorang Cina menjawat jawatan Menteri Besar di sebuah negeri di mana ketua utama negeri berkenaan ialah seorang Sultan.

Cita-cita DAP sebenarnya mendapat restu dari Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan PAS Kelantan bersedia meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan bagi membenarkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar Kelantan. Kenyataan ini dilafazkan selepas merasmikan Majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009 di Kota Bharu pada 27 Disember 2009.



Siapa sebenarnya yang hendak menghancurkan Islam dan orang Melayu di Negara ini?

DAP atau parti yang bertopengkan ISLAM?

Di Singapura, Perdana Menteri Singapura menegaskan bahawa sungguhpun perlembagaan republik berkenaan mengiktiraf orang Melayu sebagai pribumi, tetapi PAP iaitu abang kepada DAP akan memastikan bahawa orang Melayu tidak akan sama sekali menjawat jawatan tertinggi di Singapura.

 

Tetapi di negara ini, orang Melayu yang menyokong PAS sanggup mengadaikan maruah dan akidah umat Islam demi untuk mencapai cita-cita ke PUTRAJAYA.


RENUNGKANLAH DENGAN IMAN.

1 comment:

  1. DENDA RM40,000 PALSUKAN TANDATANGAN [METROTV]

    Jurutera didenda RM40,000 palsu tandatangan berhubung pembinaan bangle

    KUALA LUMPUR: Seorang jurutera sebuah syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan tandatangan pada sebuah dokumen berhubung cadangan pembinaan sebuah banglo.

    Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

    Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sebuah buku ‘Structure Design Calculation’ bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan dan pelan struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Selangor daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook iaitu pemilik tanah yang mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.

    Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 2 hingga 12 Ogos 2014, di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong di sini, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat adalah kesalahan serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani.

    Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikenakan ke atasnya dengan jumlah yang minimum kerana dia mempunyai tanggungan termasuk ibu yang berumur 76 tahun.

    “Ini adalah kesalahan pertama dan saya tiada rekod jenayah. Saya amat kesal dan insaf atas kesalahan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, jadi saya mohon hukuman denda minimum tanpa hukuman penjara,” katanya.

    Mengikut fakta kes, pada 2013, Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja iaitu Lieng Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas lot tersebut, namun penyediaan dokumen itu tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik syarikat.

    Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan oleh syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.

    Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada Yip atas pembayaran kerja yang dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu dan hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan pada dokumen ‘Structure Design Calculation’ adalah berbeza dengan spesimen tandatangan diambil daripada Lieng. -Bernama

    Kerajaan Malaysia akan memeriksa YIP KUM FOOK (PEGUAM DAN PRESIDEN SAMNAK SAMBODHI atau persatuan Buddha, Taman Desa Jaya, kepong) kerana peguam ini menipu orang di mana-mana......Yip Kum Fook & Associates, Kuala Lumpur... No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

    ReplyDelete